Monday, March 27, 2017

LUNCH DI CHICKEN RICE SHOP GIANT SHAH ALAM TADI

AJAK PKWE TEMANKAN G GIANT NAK PEGI GUARDIAN
ADA SESUATU NAK BELI TGH TD


 - AIR SUAM DAN TEH TARIK


LANGSUNG MASUK CHICKEN RICE SHOP - MAKAN2222 
PKWE CURRY MEE DAN DAKU PILIH FISH BALL SOUP JER

  
RM23.30 SEN

Wednesday, March 22, 2017

Aku Yang LALAI dgn note RM100 pada 19/3/17



sebelum keluar jam 8.00 pagi pada tarikh tersebut, pkwe kata kiter minum kat nasi Lemak Tang Ling.

NO PROBLEM kataku - tidak membantah  --- follow ajer ler, walau dihatiini mengatakan x kenyang makan nasi lemak tu - sebabnye cikit beno dan bukan citarasa .... bagi ku ler   hahahahahha

Pkwe ku order nasi lemak ayam gulai, pegedil --- dan daku pun order nasi lemak telor bali
memang x pernah habis makan nasi nyer - pkwe tolong habiskan bersama air teh tarik dan air suam.

selesai makan daku pun pergi bayar RM12.00 katanya, daku pun hulur note RM100, bila katanya RM12.00 daku kata pulak saya ada RM2.00 - ok  Lepastu cashiernyer - isteri tokeh tu pulangkan dekat daku RM40.00 berlipat22 duitnya dan aku terus masuk baki dalam purse kecil ku.

Memang  x ingat langsung masa tu, sebab di otak fikiran nak mengejar main boling di Wangsa Walk pulak tournament bersama Hospital Pantai.

selesai membaling dengan balingan yang x berapa berkesan terus pergi lunch bersama anak buah yg datang tengok masa membaling tadi.

Kami ke AU2 Keramat  makan di Fiske Steak House - order Nasi Putih bersama Ikan Pari Asam Pedas, Spegheti Bolognese, kek pandan, anak buah ambik Nasi Putih bersama -  Asam Pedas Daging - air sirap dan air suam

Di luar cuaca mendung dan diikuti hujan yang lebat bersama petir - hujan berhenti , daku pun nak g bayar dan ambik purse - tengok duit terus terpikir kenapa ada RM40 jer dan duit RM1 ada 3 , tak ade duit RM50, terus teringat haaaaaa tadi bayar nasi lemak hanya RM40 dipulangkan oleh cashier tu.

 Untuk lunch RM44.40 sen.   

Dalam kereta daku marah pkwe kow222 ler sebab pasal bayaran minum pagi tu, daku kata jom pergi ke Nasi Lemak Tang Ling tu nk tuntut  masa tu jam 3.40 ptg, udah petang baru terperasan - Pkwe kata tidak akan diaorang percaya, abaikan saja. 

Hati jadi panas disebabkan kelalaian pagi tu. 
Berpesan pada diri sendiri supaya beringat ler.

Sampai rumah pkwe ku hulur RM100 katanya ganti duit yg udah terbayar lebih tu.
walaupun pkwe ganti semula hati ini tetap teringat peristiwa dan kelalaian ku itu.




Monday, March 20, 2017

JOM WAT KUIH KERIA GULA MELAKA

FUHHHH - BARU DAPAT RESEPI DARI FB 

RASE MCM UDAH SERIK BERDIRI BERJAM222222 NAK DAPATKAN KUIH KERIA GULA MELAKA KAT KLEBANG NI - SIMPAN SINI SENANG LEH REFER NAK BUAT


RESEPI MUDAH, BUAT KERIA GULA MELAKA YANG VIRAL TU! TAK PAYAH BERATUR PANJANG!!!
Keria gula melaka

Resepi ni sya dpt dari anak saudara tokey keria melaka, dia kwn satu office saya! Ini resepi ori keria melaka! Ori yg jual kt klebang tu!

Bahan-bahannya:
* 500 gram ubi keledek
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung beras
* 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* 2 keping Gula melaka
* 1 sudu gula pasir
* 1 cawan gula batu
* 1 cawan air


Cara-cara membuatnya:

1. Rebus ubi keledek sehingga betul-betul empuk
2. Toskan ubi keledek sehingga air yang rebusan pada ubi keledek itu tertinggal seminima yang mungkin pada ubi keledek
3. Lenyek ubi keledek sehingga tiada ketulan
4. Kemudian campurkan ubi keledek yang telah dilenyek tadi dengan tepung gandum, tepung beras dan soda bikarbonat da gaulkan hingga sebati menjadi doh keria
5. Bulat-bulatkan doh keria dan bentukkan menjadi bentuk “O”
6. Goreng doh keria yang telah dibentuk kemudian toskan untuk hilangkan minyak
7. Campur dan cairkan gula melaka, gula pasir, gula batu dan air sehingga mendidih dan pekat
8. Masukkan keria yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehinga sebati
9. Toskan gula berlebihan dengan penapis.
10. Siap untuk dihidangkan…!

terima kasih dapat resepi ni...

Thursday, March 9, 2017

fuhhhhhhhhhhhhhhhh


ASSALAMUALAIKUM
CUTI LAMAAAAAAAAAAAA