Tuesday, May 5, 2009

IBU YANG KU RINDU

on the way ke pejabat pagi tadi ada topik menarik di radio sinar.fm
ceritakan kisah anda dan ibu -
kisah suka dan duka dengan ibu dan
adakah anda pernah mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ibu Anda


menyentuh perasaan ini
Haikal nama kanak-kanak yang amat merindui ibunya telah menalifon ke sinar.fm
ingin berkongsi masalah sambil menangis mengatakan ia tinggal dengan ayahnya yang telah berpisah dengan ibunya, dan ia amat ingin sekali berjumpa ibunya.

dalam pada itu sinar.fm telah menalifon ibu budak ini dan dapat bercakap menerusi telefon
tapi ibu ini bila dpt bercakap dgn anak ini agak terkejut sambil menangis mengatakan iapun rindu tapi xdapat nak jumpa tiap2 hari nanti ia akan dimarahi oleh bekas suaminya, hanya hari minggu sahaja dapat jumpa. Kata-kata yang lain dari Ibu ini kurang didengari kerana diiringi ngan tangisan. Anak ini pun menangis sama tapi Kak Engku tetap tabah melayan dan membiarkan 2 beranak ini bercakap menerusi telefon.

pesan Kak Engku pada si ibu ini jangan lupa hari minggu ini pergi le berjumpa ngan anak ini sebab si anak ini amat-amat merindui ibu ini - Si ibu berkata ia akan cuba untuk berjumpa Haikal sambil menangisssssssssss. Terlepas seketika kerinduan Haikal terhadap ibunya.

Adakah terkabul permintaan si anak ini pada hari minggu ini??

Kasih sayang tidak boleh dipisahkan.


selamat hari ibu

Wednesday, April 29, 2009

JAWAB TAG

Nak jawab Tag Mamamanja Ni - Tentang Pakwe Ku
Saper nama pasangan anda?
Hussain bin Amat
Baper umor pasangan anda?
48 tahun
Apa yang paling diminati oleh pasangan anda?
Bermain Badminton
Apakah karektor pasangan anda?
Seorang Pendiam - Bersuara hanya yang penting sahaja
Makanan kegemaran pasangan anda?
Mula2 kahwin ayam masak lemak cili api /masak lemak rebung
Tp sekarang yang sempoi2 aje -
Macam mana pasangan anda tidur?
- mula222 elok je senyap - pas tu ada bunyi leeee
Apakah perkataan pertama yang dilafazkan ketika pertama kali berjumpa dengan anda?
Biarlah Rahsia
Apakah yang membuatkan anda suka dengan pasangan anda?
tak banyak cakap dan renungan matanya
Apakah impian anda dengan pasangan anda?
sayang hingga habis nyawa. Hanya Ia D Hati Ku
C u All

Monday, April 27, 2009

JIRAN TERSAYANG


memang sakit hati berjirankan orang yang gila tanah kerajaan ni.
daku tinggal d satu kawasan perumahan di Cheras. Pakwe ku membeli TERES HOUSE
yang berjirankan ada china, india dan melayu, umah daku sederhana sahaja.

yang menjadi hati ini sakit berjirankan orang melayu ni le, kte buat xtahu aje apa yg dibuat nye janji tidak mengganggu nak kuor masuk kete ke umah daku, itu pun sudah baik. lantak le .... tp skrg udah melampau...


ade beberapa kejadian ni...........

  • depan umah ada tanah lapang - dia telah membuat 2 lot parking utknye
  • keretanye ada 4 wehhhhh
  • nak tambah lg satu parking betul2 depan umah ku - tp pakwe ku telah berkata dgnnye kami nak buat parking d depan tu.
  • sebelum tu pakwe ku telah mengeluarkan wang utk membuang sampah yang telah dilonggok d depan umah ku dengan mengupah satu cina angkut sampah tu ngan lori - beratus juga pakwe bayar ngan China tu. Padahal sampah tu kepunyaan Melayu tu. Satu lori juga sampah dengan pokok2 mangga yg di tebangnye dan juga segala cekadak sampah dilonggoknye. Daku xterkata apa22 - biarle.
  • Tiap2 hari anaknye akan parking kete betul2 depan umah ku juga - klu nak kuor pagi2 tu mmg menyakitkan.
  • satu ketika tu Jiran China sebelah telah parking kete depan umahku - tetiba boleh Jiran Melayu tu kata ngan China tu suruh alihkan kete - anaknye nak parking kat situ. Daku dengar dan tengok China tu mengalih dan beralah le.
  • semalam kejadian yg lg menyakitkan hati aku - ptg smlm pakwe telah menghidupkan injin motorsikal yang lama tidak bergerak di depan umahku yang anak dia selalu parking kete tu - mmg agak lama motorsikal tu berbunyi di situ - tak lama tu Jiran Melayu Yang Tak Sedar Diri Ni sound pakwe ku - Dia nak kuorkan kete nak letak kat situ.
  • Pakwe ku pun mengalihkan motorsikal sedikit tersasar ke umah Jiran China
  • Tapi Daku tahu mmg pakwe ku marah tp dia tak mahu bergaduh - Biarkan saje.

Daku terus membebel di dapur mengatakan MANUSIA PENTINGKAN DIRI SENDIRI - DAKU PASTI JIRAN KU DENGAR BEBELAN KU.

Adakah perlu daku berbuat sesuatu bg Jiran Melayu ni sedar dengan apa yang dilakukan atau biarkan saje.

Sebelum ni pun Jiran Melayu ni pernah hilang kereta RUSH parking depan umah daku. Masa tu daku mmg simpati tapi dengan sikapnye begini - Simpatiku PUDAR.

Sebagaimana cuaca panas di luar begitulah panasnye di hati ku ini.

c u ALL