Friday, August 29, 2008

HAPPY 51ST MERDEKA



PERPADUAN TERAS KEJAYAAN - tema Hari Merdeka tahun ini.

NASIHAT DARI PEJUANG KEMERDEKAAN

Jangan lupa, kemerdekaan dan kemenangan hari ini adalah

atas daya usaha peminpin terdahulu

yang menuntut kemerdekaan

dengan airmata dan darah jadi jangan

sia-siakan kemerdekaan

yang ada dan janganlah

sampai kita dijajah sekali lagi.






C u All

Wednesday, August 27, 2008

DUNGUN, TRENGGANU

22 Ogos hingga 25 Ogos, 2008

Bertarikh 22 Ogos, 2008 Check In di Ulek Beach Resort, terpaku juga memang cantik resortnye, baru 2 bulan di buka. Orang pun ramai menginap di situ membawa anak-anak bercuti termasuk salah seorang Bos menginap di situ. Ada jakuzi di bilik, apa lagi berendam le dengan air yang menggelegak dan penuh ngan buih sabun. Segar sekali.

Malam tu keluar makan ngan kawan lama Puan Haniza Sood yang telah menceburi bidang perniagaan membuka cafeteria di UITM Dungun bersama suaminya. Dari perbualan semasa berjumpa tu businessnya mendapat sambutan baik dari pelajar-pelajar di UITM. SYABAS NIZA.

23 dan 24 Ogos, 2008 bertugas di tapak pameran dengan cuaca yang amat panas. Tapi kali ini akan-ikan yang dipancing agak kecil berbanding di Pekan, Pahang awal bulan lalu. Tugas kami macam biasa le memasak nasi goreng dan mengagihkan kepada pengunjung melawat gerai kami. Ada tu pulak sampai nak bayar makanan yang kami beri kepada pemancing-pemancing yang baru balik dari laut dalam.

Kesempatan itu juga kawanku HANIZA sempat membeli beras yang ada di gerai, boleh tahan banyak beras yang di ordernye. Tak lupa juga dia membawa makanan tengahari untuk kami semua di gerai. Sedap sekali.

Hari nak balik tu HANIZA telah menalifon menjemput kami ke cafenya untuk minum petang, pucuk dicita ulam mendatang, menunya SATA GORENG, KEROPOK LEKOR DAN TEH TARIK dan kami juga telah dibekalkan ole-ole dari dungun untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur termasuk kawan-kawan yang lain dibekalkan sekali.

Terima kasih HANIZA, semuga dapat bertemu lagi.
AKU BANGGA DENGANMU


C U all

Wednesday, August 20, 2008

SABTU & AHAD

MAHA di UPM belum berakhir. Kte ditugaskan bersama rakan2 yang lain di Pameran MAHA 2008.
Hari sabtu dan ahad ada pertandingan buat nasi goring.
Sessi pertama sebelah pagi 10 orang peserta
Sessi kedua sebelah petang 10 orang peserta

Program ini adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin mencuba kepakaran membuat nasi goring, ade melayu, india dan china yang menyertai program ini. Pengacara yang dijemput oleh BERNAS adalah MAYA yang suka menyanyi lagu dangdut tu.

Sebelum itu juga pada hari ahad selesai acara sessi pagi, penyanyi MAYA telah memasak gulai Asam Pedas Ikan Tenggiri dan kte pulak telah menggoreng sedikit ikan masin. Kawanku fazilah telah membuat sambal ikan bilis campur cili padi. Apa lagi kami beramai-ramai menjamu selera tengahari tu.

Pemenang Hadiah Nasi Goreng

Hadiah pertama 20 kg beras bersama hadiah iringan
Hadiah kedua 15 kg beras bersama hadiah iringan
Hadiah ketiga 10 kg beras bersama hadiah iringan
Yang tidak berjaya pun diberikan saguhati

Memasak bubur lambuk tetap ada dan diberikan percuma kepada pengunjung yang berkunjung ke Laman Padi.
Terima kasih kepada semua petugas Pameran MAHA 2008.



C U all

Wednesday, August 13, 2008

RENUNGAN

Assalamualaikum;
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan dipinggi Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta BMW yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta BMW tersebut melintasi kawasan tersebut, anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta BMW tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi.

"Apa ni? Siapa awak? dan apa ke jadahnya awak berada di sini?
Itu kereta baru, mahal dan susah nak dibaiki, Awak tau tak?
Kenapa awak buat ini semua? jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf;
Saya minta maaf pakcik,
Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu.
Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ.

"Itu Abang Saya, ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.

Terima kasih pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu. Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan kearah keretanya yang kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kite tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.

Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersukaria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan menenangkan kite semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.

'JANGANLAH KITA SOMBONG
DENGAN KELEBIHAN YANG SEMENTARA'
C U All



















Monday, August 11, 2008

BALIK KAMPONG

Memang tidak dijangka nak balik kampong, ingat pakwe main22 saje.
Hantar message ngan anak buah, wished dia Happy Birthday Akram, belajar rajin2 tau. Bye. itu kata2 dari kte.

Jawapannye terima kasih, sayang maktam dan paktam, bye. Semasa terima msg tu kami OTW ke rumah nye d Ulu Kinta, Perak.

Hari Ahad buat le sedikit jamuan ringan. Menunye, Nasi lemak, bihun goring, kek dan sedikit kuih. Panggil Ustaz Salleh yang mengajar dia mengaji Quran bacakan doa.
Ramai juga kawan2nye yang datang, sempat juga tiup lilin yang besar tak pernah dibuat oleh orang lain lagi, tergempak punya jamuan. Butter cake saje, itupun cake dibuat oleh abahnye.
Kepenatan juga melayan kerenah budak2. Kol 5 ptg bertolak pulang ke Kuala Lumpur



Tatapan Gambar Semasa Jamuan

Friday, August 8, 2008

GP JORAN

Gambar Joran di Pekan, Pahang 1-4 Ogos, 2008

Ikan Pari

Ikan Haruan apa ntah

Jualan Beras

Orang ramai berebut-rebut membeli beras