Thursday, September 24, 2009

tragedi hari raya kedua

Kte telah kembali bertugas pada hari raya keempat. Suasana di pejabat sungguh sunyi, pertama kali mengalaminya.

Beraya di Melaka kampung hubby......

pada hari raya kedua 21/9/09, kami 3 kereta dari Melaka
bertolak ke Johor Bahru menziarahi abang ipar yg terlantar
sakit di Hospital Pakar Johor. Perjalanan ke Johor Bahru
lancar sekali. Agak riuh kaum keluarga bila sampai di hospital tu. Nasibaik Hospital Swasta klu tidak haaaa mmg kena halau nya.

xlama pada itu abang ipar kena masuk bilik yg tidak boleh
dikerumuni ramai orang. Lupa nak bgtau abang ipar ni ada
masalah jantung dan seangkatan dengannye.

Hampir separuh hari di spital kami pun bertolak pulang
ke umah abang ipar di taman rinting masai untuk berehat
dan akan bertolak pulang semula ke melaka pada hari
yang sama.

Bila keluar dari hospital kereta ku udah buat hal,
bila bergerak adeiiii - tersengguk2 bila tekan minyak.
hujan sangatle lebat masa tu, punyale susah hati utk sampai
ke taman rinting.

Call 24hrs proton edar - minta bantuan tp jam 10.00 mlm baru
dia sampai. kecewa yg amat - jadi malam tu kami xdpt le pulang ke melaka. 2 kereta lg berangkat balik.

Barang untuk diganti pada kereta ku xde dalam simpanan -
jadi kena sambung sok pagi le - masalahnya 'cable plug'
ada bocor ckit.

esoknye jam 11.30 pg foreman tu tiba dan menggantikan
cable plug baru. Baru le kete tu berjalan lancar.
Tapi hati tetap xsenang sebab perjalanan masih jauh.

Selesai makan tengahari, birasku suruh anto anak2nya ke hospital semula - apakan daya terpaksa pergi juga. Perjalanan jadi makin jauh. Berdoa semuga yang maha esa lindungi kami ni.

Selesai di hospital jam 3 petang kami bertolak ke Melaka pulak
Jam 8 malam baru sampai ke rumah Melaka.

Siap berkemas lg jam 9.30 mlm bertolak ke Kuala Lumpur.
Jam 12 malam sampai ke Cheras. adeiiiiiii...
disebabkan lambat sampai terpaksa berhenti
di R&R Seremban - tidur sekejap utk rehatkan mata

dalam perjalanan kereta ku dalam keadaan baik.
Terima kasih kepada foreman yang bernama Mahathir kerana
membantu menyelesaikan masalah kereta ku itu.
Janganle terjadi di akan datang - daaaaaaaa

Friday, September 18, 2009

salam aidilfitri

klu tidak hari ahad atau isnin -
kte umat islam akan
menyambut hari lebaran.
kesempatan ini diucapKan kepada rakan2 yg sudi membaca
blog ni...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
SEMOGA CERIA BERSAMA KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI..
BERHATI2 DI JALANRAYA
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.

Thursday, September 3, 2009

Necklace Boutique Giveaway 1





Entah le kenapa udah gian nak joint contest – mencuba nasib
Bak kata pepatah untung sabut timbul – untung batu tenggelam – betul ke pepatah ni.
Xpe le – teruskan dengan contest ni .

Contest anjuran Ann
yang bertajuk Necklace Boutique Giveaway 1


Klu dapat tambahan bonus d hari raya…
Klu xdapat memeriahkan contest – jom join necklaceboutique contest.

Kena teka berapa jumlah rantai ni semua

Tekaan kte 25

Harap2 tekaan kte tepat dan kawan2 yang nak join
boleh masuk ke blog Ann.