Friday, September 29, 2017

Birthday Hari ini -- menjelang petang kek bersusun

Terima kasih rakan22 dan sahabat22 dan adik22 yang wish Birthday harini

  - kehidupan harus diteruskan meniti usia tua


walaupun di alam maya
bingkisan coretan tetap akan di kenang. 

selamat hari lahir sahabat ku faridah hanim...semoga mendapat kehidupan yg penuh keberkatan di dunia n akhirat...aaminn...

May Allah Bless U Slot n Always





 Selamat Hari Ulangtahun MAKWE 
Semoga diberkatiNya dunia akhirat

Aaminn

 Happy birthday makwe




Selamat hari lahir makwe Hanym ๐Ÿ˜˜ moga dikurniakan kesihatan yg baik , cemerlang dunia akhirat..Aamiin.. ๐ŸŽ‚๐ŸŽ‚๐Ÿฐ๐Ÿฐ

Hepy besday makwe semoga d beri kesihatan yg baik dan d rahmati dunia dan akhirat








smuga berbhgia disamping suami tersyg hingga ke jannah InSyaAllah ..

 - - doa kalian amat  bermakna buat insan yg bernama 
Faridah Hanim Zulkifli
Terima Kasih semua///////

Assalamualaikum - Pagi Jumaat 29/9/2017



Thursday, September 28, 2017

harga baru

fuhhhhhhhhhhhhhhh



Wednesday, September 27, 2017

Wednesday 27/9/17

walaupun belum menjejakan kaki ke sana
oleh222 dari Australia dan Jerusalem - Aqsa udah dapat



terima kasih Kak Fauziah dan Ipin


Terima kasih kakak ku Marializa


fridge magnet pun adaaaaaaaaa

Pkwe ku (suamiku) turn kita bila????? 
insyaalllah - ada money terlebih yer..................

Monday, September 25, 2017

wedding di Pantai Dalam, Kuala Lumpur 24 September 2017


musim anak22 rakan sekolah kenduri kahwin
abadikan gambar222 mereka di sini.

gambar pengantin tiada di snap mereka.




pandai semua nak berselfie

SELAMAT MENERIMA MENANTU
MEGAT AMIN

Thursday, September 21, 2017

S A H A B A T -



Allah aturkan antara kita 1 pertemuan di tetapkan 2 hati..

Dalam 2 hati di berikan 3 rasa..
Iaitu.. Sayang.. Kasih.. Kasihan..

Dalam 3 rasa itu di selitkan 4 tujuan..
Iaitu... Berkenalan.. Berteman.. Berkawan.. Bersama..

Dalam 4 tujuan itu tersembunyi 5 perkataan..
Iaitu.. Teman Baik Selalu Ada di Sisi...

Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 Impian.. Iaitu Sayang.. Kekal.. Setia.. Mengerti.. Menghargai dan Mengingati..

Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat..
Iaitu.. S. A. H. A. B. A. T

S. A. H. A. B. A. T
Perlu di kasihi bukan untuk di sakiti..

S. A. H. A. B. A. T
Perlu di sayangi bukan di benci..

S. A. H. A. B. A. T
Perlu di hormati bukan di kasari..

S. A. H. A. B. A. T
Perlu di pegang jangan di buang..

S. A. H. A. B. A. T
Perlu di hargai jangan di musuhi...

S. A. H. A. B. A. T
Tempatnya di hati bukan di kaki...

Selemah-lemahnya manusia ialah orang yang tak mau mencari sahabat ... Dan orang yang lebih lemah dari itu...
Ialah orang yang mensia2kan sahabat yang telah di cari...

PERSAHABATAN BAGAIKAN SEKOTAK CRAYON.. BERBEZA PENUH WARNA..
T E T A P I... JIKA MEREKA BERSAMA... 
MEREKA DAPAT MEMBUAT PELANGI YANG INDAH....

itulah 

S A H A B A T

Khas buat anda semua sahabatku yang tersayang..๐Ÿ’œ

Monday, September 18, 2017

gambar sekitar majlis perkahwinan anak kawan sekolah SMBM

Majlis berlangsung di FRIM Kepong 17/9/17
niat hati nak bersama kawan222 sekolah tapi x dpt dilunaskan
ada urusan lain .

justru itu nak hilangkan kerinduan
gambar mereka letakan di sini.





bergambar sakan mereka.

gambar pengantin x kelihatan nampaknya...




Friday, September 15, 2017

BERBUKA DENGAN PIZZA


Khamis semalam kami berpuasa
pkwe kata nak makan pizza
on the way balik opis singgah
PIZZA taman Conaught - Cheras


tebus kad gores dapat bubur mushroom

ambik large pizza pakai voucher discount 25%


perasa Chicken Sensation

sedap jugakkkkkkk

settle RM28 +++++

Thursday, September 14, 2017

petang khamis

roti goyang


pagi tadi ada member bfast gambar di atas
harus nak buat ni........

siapa suka ni....................

Friday, September 8, 2017

TETAMU ADALAH PEMBAWA RAHMAT

Assalamualaikum

Hikmah Rumah Didatangi Tetamu
๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’


Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah s.a.w.  tentang perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu.

Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah s.a.w.. 
   
Tidak berapa lama kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa dia akan ziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya:

"Siapakah tetamu itu?"

Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah s.a.w.. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasulullah s.a.w.. 

Ketika Rasulullah s.a.w. hendak pulang. Baginda memberitahu kepada suami tadi supaya memberitahu isterinya supaya melihat dipintu ketika baginda keluar.

Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah s.a.w. keluar.

Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan ikut keluar bersama Rasulullah s.a.w.. Beliau sangat terkejut lalu Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam berkata kepadanya:

"Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang."

Apabila tetamu kita pulang, akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang-binatang yang menyakitkan dan penyakit dari rumah kita. 

Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah s.w.t.. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.


ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…: " ุฅุฐุง ุฃุฑุงุฏ ุงู„ู„ู‡ ุจู‚ูˆู… ุฎูŠุฑุงً ุฃู‡ุฏู‰ ู„ู‡ู… ู‡ุฏูŠุฉ. ู‚ุงู„ูˆุง: ูˆู…ุง ุชู„ูƒ ุงู„ู‡ุฏูŠุฉ؟ ู‚ุงู„: ุงู„ุถูŠู ูŠู†ุฒู„ ุจุฑุฒู‚ู‡، ูˆูŠุฑุชุญู„ ุจุฐู†ูˆุจ ุฃู‡ู„ ุงู„ุจูŠุช ". ููŠุงุงุญุจุชูŠ " ุงู„ุถูŠู ุฏู„ูŠู„ ุงู„ุฌู†ุฉ ". ูˆู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู…ู† ูƒุงู† ูŠุคู…ู† ุจุงู„ู„ู‡ ูˆุงู„ูŠูˆู… ุงู„ุขุฎุฑ ูู„ูŠูƒุฑู… ุถูŠูู‡ ...
ุตู„ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู†..

ALHAMDULILLAH, TETAMU ADALAH PEMBAWA RAHMAT.

Thursday, September 7, 2017

Kaya dan Berjaya

Kisah kejayaan tuan punya kedai sukan Al Ikhsan. 

.
Ilmu dan petua yg sangat sangat bermanfaat setelah mendengar perkongsian di slot Inspirasiku di radio IKIM.fm bersama Tn. Haji Ali Hassan, Pengasas & Pengerusi Al Ikhsan Sports Sdn Bhd. Moga yg membaca akan dapat ilmunya juga, Insya Allah.

Tn Hj Ali bukan datang dari keluarga yg ber bisnes. Anak bongsu dari 8 beradik. Didikan mak ayah beliau yg membentuk peribadi beliau. Masa remaja usia sekitar 17 tahun, gemar bermain bola, dan habis main duduk melepak depan rumah dgn kawan kawan...ditegur ayahnya supaya cepat mandi & solat Maghrib. Sekali buat, ditegur, kali kedua buat, ditegur baik lagi...kali ketiga beliau ulangi, ayahnya halau beliau dari rumah. Ya, dihalau rumah kerana nakal tak berubah menjaga solat awal waktu. Sebulan Tn Hj Ali berkelana dari satu rumah kawan ke rumah kawan yg lain, menumpang tidur. Setelah sebulan, beliau sendiri yg balik ke rumah, ayah nya tak mencarinya pun. Ayahnya menyampaikan satu mesej bahawa dia sayangkan Allah lebih dari sayang anaknya.

.

Kedua dua mak ayah Tn Hj Ali gemar bersedekah. Ayahnya dulu, dpt sahaja duit pencen, 1/2 dari pencen nya di sedekahkan ke pelbagai tempat. Mak beliau pun kuat bersedekah. Tn Haji Ali berulang kali pernah tanya emaknya apa yg di doakan untuknya, tapi emaknya enggan beritahu. Akhirnya, emak nya ada beritahu juga...bahawa setiap hari berdoa " semoga Ali jadi orang yg berjaya, kaya..supaya boleh bagi aku duit, dan dapat aku bersedekah lebih banyak". Power nya doa emak. Tn Hj Ali berkata, memang emaknya tak geti beli2 barang, asal ada duit je, dia mesti sedekah. Kalau diberi RM5000, lepas seminggu habis digunakan wang tu utj bersedekah. Kalau beliau bagi RM10,000...pun habis diguna emaknya ke jalan sedekah. Ayah nya meninggal dunia ketika beliau di UTM belajar diploma engineering, dan emaknya meninggal dunia 2 tahun yg lalu.

.

3 prinsip / formula yg beliau pegang, dan inilah rahsia beliau berjaya dlm perniagaan:

1) Jaga Solat.
2) Berbuat baik & sayangi ibubapa
3) Sedekah, zakat.

.

Lepas abis belajar di UTM Skudai, beliau tak pernah bekerja makan gaji, tapi terus meniaga peralatan sukan, yg beliau mulakan hanya dgn modal RM50 sahaja pada zaman sebagai student. Kiosk pertamanya hanya sebesar 100 kaki persegi, kecik je. Dia sorang staf, dia bos dia kuli. Masuk waktu solat, solat dln kedai.

.

Sentiasa mendahulu kan emaknya. Di setiap perasmian cawangan baru, emaknya jadi VVIP merasmikan, walaupun ada VVIP lain yg hadir, contohnya Menteri Besar.Beliau set satu KPI utk memuliakan ibunya.

.

Kejayaan beliau ialah hasil berkat investment parents nya dulu. Kita as parents ambil lah tauladan ini. Mak ayah Tn Hj Ali kuat bersedekah, jaga solat, jaga solat anak anak....dan Allah kurniakan kejayaan buat anak anak.

.

Berjaya nya Al Iksan kini, mempunyai 115 lebih cawangan di serata Malaysia. Menjadi champion di Malaysia dlm industri peralatan sukan setelah hampir 20 tahun lebih FOKUS dalam industri ini. Memulakan bisnes pada 1993, bank tak pandang bila nak buat loan, supermarket mall semua pandang sinis mampu ke nak bayar kos sewa lot kedai yg bernilai 20-30 ribu sebulan, dan ketika itu pesaing non Bumi dah maju. Beliau pegang prinsip Perang Badar. NIAT yg betul dan tahu apa yg perlu dibuat, FOKUS, dan kini berjaya. Dari retailer, jadi wholesaler, dan kini jadi main distributor. Brand Asics, Canterburry, Teka..sekadar menyebut beberapa major brands, mereka ini yg mencari Al Ikhsan utk dijadikan main distributor di Malaysia ( yg sebelum ini dipegang company dari Australia, Singapore, Dubai).
.

Prinsip berniaga beliau ialah BETULKAN NIAT dan FOKUS. Sebagaimana nak solat ada niat, begitulah nak berniaga. Jgn main main. Niat kena betul kenapa nak berniaga. Dan fokus dlm bisnes yg diceburi, hingga berjaya...jgn mudah & cepat lompat lompat bisnes bila satu bisnes tu belum buahkan hasil.

.

Di ofis HQ nya yg ada 300 staf, bila sampai je kerja pagi pukul 9am, staff akan ke surau ofis utk solat dhuha dahulu. Waktu zohor, semua staf WAJIB turun ke surau ofis utk solat berjemaah. Dahulukan Allah, kemudian semua kerja jadi senang & berkat. Kawan beliau seorang pakar bedah jantung minta nasihat beliau, dan beliau nasihatkan tentang jaga solat awal waktu. Terbukti berkesan! Kalauh dulu selalu lengahkan solat, Asar sampai lajak hampir2 jam 7pm....ada aja masalah masa surgery...ada complication....tapi sejak kawannya solat awal Asar, smooth aja semua urusan pembedahan....surgery yg 3 jam selalunya boleh siap dlm masa sejam lebih...

.

Syarikat nya ada team CSR nya sendiri, yg bergerak setiap minggu mencari org susah, fakir miskin...utk projek sedekah. Team CSR nya juga sediakan motivational talk utk kongsi kisah kejayaan & ilmu, SECARA PERCUMA kpd byk students university. Kenapa free? Sebab beliau dah niatkan, segala sedekah, termasuk sedekah ilmu....pahalanya utk kedua dua arwah ibubapanya. Kata beliau, dgn bagi talk di universiti yg ada 3000 pelajar, kalau 10% pelajar ini amalkan ilmunya, spt jaga solat, rajin sedekah dan sayangi ibubapa, banyak saham pahala yg mengalir buat ibubapanya...Dgn cara ini lah beliau kata beliau maintain " komunikasi" dgn kedua dua parents nya...selain kerap ke kubur,ziarah dan sedekah bacaan Al Quran. Malahan kubur emaknya mmg setiap minggu di ziarahi oleh anak anak yatim, kerana semasa hayatnya, emaknya ada 2 buah rumah anak anak yatim. Beliau meletakkan standard yg tinggi ini dlm berbakti kepada kedua org tuanya, supaya ahli keluarganya nampak sendiri...dan Insya Allah amalan ini akan diteruskan oleh generasi anak cucu nya nanti.

.

Pesanan akhir beliau dlm temuramah tadi ialah, AMALKAN CEPAT segala ilmu yg kita ada. Tak guna ada banyak ilmu, tapi tak amal, tak apply. Macam anak anak muda sekarang, hari hari rajin bacaa internet, baca ilmu itu ini, tapi tak amal....menulis kencang di FB tentang Steve Job lah....last last nak makan pun mintak duit kat kita ๐Ÿ˜‚....Analogi yg beliau beri ialah umpama kita berbicara pasal manis & sedapnyaa durian....study lah setahun pun pasal durian, tapi kalau kita tak kopek dan makan sendiri, kita tak akan tahu nikmat sebenarnya...bila kita makan je durian, tak sampai 5 min kita akan faham erti sebenar kesedapan durian tu.

Oleh: Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar

Inspirasi kepada kita semua.

Wednesday, September 6, 2017

peringatan untuk diri sendiri

Assalamualaikum...... Perkongsian drpd Buku Karya Ausberg 49 tahun buku yang berjudul* 

"THE LAST LECTURE"

(Pengajaran Terakhir) yang menjadi salah satu buku best-seller di tahun 2007.""

KUNCI UNTUK MEMBUAT HIDUP ANDA LEBIH BAIK,

 terdiri atas  
--Personality, 
--Community and 
--Life.  

Berikut penjelasannya:

   A.  PERSONALITY:

1. Jangan membandingkan hidup Anda dengan orang lain karena Anda tidak pernah tahu apa yang telah mereka lalui.

2. Jangan berfikir negatif akan hal-hal yang berada diluar kendali Anda, melainkan salurkan energi Anda menuju kehidupan yang dijalani saat ini, secara positif

3. Jangan bekerja terlalu keras, jangan lewati batasan Anda.

4. Jangan memaksa diri Anda untuk selalu perfect, tidak ada satu orang pun yang sempurna.

5. Jangan membuang waktu Anda yang berharga untuk gosip.

6. Bermimpilah saat anda bangun (bukan saat tertidur).

7. Iri hati membuang waktu, Anda sudah memiliki semua keinginan Anda.

8. Lupakan masa lalu. Jangan mengungkit kesalahan pasangan Anda di masa lalu. Hal itu akan merosak kebahagiaan Anda saat ini.

9. Hidup terlalu singkat untuk membenci siapapun itu. Jangan membenci.

10. Berdamailah dengan masa lalu Anda agar hal tersebut tidak menganggu masa ini.

11. Tidak ada seorang pun yang bertanggung jawab atas kebahagiaan Anda kecuali Anda.

12. Sedari bahwa hidup adalah sekolah, dan Anda berada di sini sebagai pelajar. Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum yang datang dan pergi seperti kelas aljabar (matematik) tetapi, pelajaran yang Anda dapat bertahan seumur hidup.

13. Senyumlah dan tertawalah.

14. Anda tidak dapat selalu menang dalam perbezaan pendapat. Belajarlah menerima kekalahan.

      B. COMMUNITY:

15. Hubungi keluarga Anda sesering mungkin

*16. Setiap hari berikan sesuatu yang baik kepada orang lain.

17. Ampuni setiap orang untuk segala hal

18. Habiskan waktu dengan orang-orang di atas umur 70 dan di bawah 6 tahun.

19. Cuba untuk membuat paling sedikit 3 orang tersenyum setiap hari.

20. Apa yang orang lain fikirkan tentang Anda bukanlah urusan Anda.

21. Pekerjaan Anda tidak akan menjaga Anda di saat Anda sakit, tetapi keluarga dan teman Anda. Tetaplah berhubungan baik

           C. LIFE:

22. Jadikan Allah sebagai yang pertama dalam setiap fikiran, perkataan, dan perbuatan Anda.

23. Allah menyembuhkan segala sesuatu.

24. Lakukan hal yang benar.

25. Sebaik/ seburuk apapun sebuah situasi, hal tersebut akan berubah.

26. Tidak peduli bagaimana perasaan Anda, bangun, berpakaian, dan keluarlah!.

27. Yang terbaik belumlah tiba.

28. Buang segala sesuatu yang tidak berguna, tidak indah, atau mendukakan.

29. Ketika Anda bangun di pagi hari, berterima kasihlah pada Allah untuk itu.

30. Jika Anda mengenal Allah, Anda akan selalu bersukacita. So, be happy.

Mati tdk menunnggu Tua....Mati tidak menunggu sakit...nikmati hidup....sebelum hidup tidak bisa di nikmati.

Sahabatku !,
Saat membaca dan selesai menyemak semua hal di atas, kami mohon kepada sahabatku  untuk mengongsikan tulisan ini kepada "orang" yang kita cintai, "teman" sepermainan kita, "teman" sepejabat, mahupun "orang" yang tinggal dengan kita.

Pengetahuan ini tidak hanya akan memperkaya kita, tetapi juga orang di sekeliling kita. 

BERKONGSILAH HAL YANG BAIK...!!

lunch 4 Sept 2017 Busaba Heavenly Thai BSC

lunch date ngan kakak2 ofis lama yang disayangi 
di Busaba Heavenly Thai BSC
Bangsar 


suasana di dalam nya amat tenang dan damai


dari jam 12 hampir jam 3 kami berborak222 dan bercerita memacam

 udah kenyang menikmati hidangan dan dessert

bertemu dan berpisah

terima kasih pada Betty yang ber t-shirt putih yang belanja

next time - kami belanja pula yer.......

Tuesday, September 5, 2017

gantung buai cucu kat porch kete


raya haji bebaru ni 3/9/17 cucu datang rumah
baru 2 bulan

masuk rumah jer meragam nak tido dalam buai
nak gantung dalam rumah xde tempat utk digantung
penyudahnya kat luar ada alang kayu kat porch - gantung buai

baru lena bila kena henjut dan berangin sepoi222



budak kenit ni - namanya HANA


TOK WAN dan TOK PA

ramai yang ngadap dia - baru dia lena


baju merah ni bapanya  

berganti222 menjaga nya walaupun pagar berkunci


TOK WAN setia menjaga - sementara kami makan kat dapor

semoga HANA jadi budak yang baik yer....