Monday, December 31, 2018

Giveaway The Berkat Di Mialiana.com

Jom support Mialiana.com 

sticky post

Giveaway
The Berkat




Giveaway The Berkat Di Mialiana.com bermula dari saat ini, 15 Disember 2018 sehingga 11.59 malam 30 Disember 2018. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.

Syarat Penyertaan Giveaway :

  1. Like Facebook Page The Berkat [link] dan Follow Instagram @theberkat [link] (jika ada instagram)
  2. Follow blog Mialiana.com [link], Add To Circle Google+ Mia Liana [link], Like Fanpage Mialiana.com [link] dan Follow Instagram @mialiana [link(jika ada instagram)
  3. Buat entri bertajuk Giveaway The Berkat Di Mialiana.com
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
  6. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah secara manual dan akan diumumkan pada 7 Januari 2019.
  7. Giveaway ini akan berlangsung dari 15/12/2018 sehingga 11.59 malam 30/12/2018


The Berkat (theberkat.com) ialah portal yang berkongsi pandangan tentang pendidikan dan kerjaya untuk golongan B40.

Siapa itu golongan B40?
Golongan B40 atau Bottom 40 ialah golongan yang ‘struggle’ untuk hidup. Mereka ini golongan yang berpendapatan 40% terendah di Malaysia, dengan purata gaji seisi rumah sebanyak RM3,860 sebulan.

Kenapa bantu B40?
Cara terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup dan kemiskinan ialah dengan ilmu. The Berkat ingin melihat golongan B40 berjaya dalam pendidikan supaya mendapat kerjaya yang bagus.

Contohnya dalam pendidikan, The Berkat berkongsi cara untuk fasih berbahasa Inggeris, tips menghadapi UPSR dan PT3, tips untuk berjaya dalam SPM, permohonan SBP, permohonan MRSM serta permohonan UPU.


Sekadar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Tak apa duit tak banyak, janji rezeki berkat.


Hadiah Giveaway - Wang Tunai berjumlah RM300


  • Pertama : RM50 x 3 orang pemenang
  • Kedua : RM30 x 3 orang pemenang
  • Ketiga : RM15 x 4 orang pemenang

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh TheBerkat.com dengan kerjasama Mialiana.com

** support Mia ya...

Read more: http://www.mialiana.com/2018/12/giveaway-the-berkat-di-mialianacom.html#ixzz5aruikZ4b





Friday, December 21, 2018

sambut Besday kat Opis - Happy Birthday Aira - lunch 21/12/18

dua tingkat kek nyer



tu dia emak bersama anaknya


layan kek



tu dia dukong222 semoga cepat dapat baby 




rakan222 taulan yang hadir




nasi hujan panas - sambal ayam dan kari daging
air oren

cuti222 ke Lobpuri Bangkok, Thailand 5/12 - 9/12/2018


selepas penat bertugas di MAHA 


kami pergi bercuti tengok bunga matahari di Bangkok
harus ler ambik package
SELAMATBERCUTI .COM



rombongan kami 26 orang
masa di airport ler baru berkenal22nya


menginap di sini




bunga matahari yang menguning
siap pakai payung
panas yang amat terik.


on the way balik dari Lopburi
singgah Floral Park

wau2222 cantik222 bunga di sini







naik Tut Tut juga
pilot nyer bawak lajuuuuuu
klu kter takut






penat berjalan rest sebentar


terima kasih pada kakak Salbiah
yg banyak ambik gambar



walaupun penat dengan jadual yg amat padat
tp trip ni amat menyeronokan.

Kter jumpa lagi



Monday, November 5, 2018

makan tengahari di Itik Salai Masthar Kajang 4/11/18

Salam Petang Isnin
smlm Pkwe ku ajak makan tengahari kat Itik Salam Masthar
Kajang

ikut ler jugak walau Makwe x mkn itik
keluar dari rumah 345 petang
rupanya masih ramai orang

tp hanya tinggal lauk itik jer

ayam, daging, ikan keli bakar semua udah habis




tempat nasi
satu pinggan RM1.00



Pkwe ku g ambik lauk
satu mangkuk gulai lemak cili padi itik salai RM7.00


sebok membakar


rupanya bakar guna tempurung
patutle gulainyer sodap
pedas, lemak

Pkwe beli tiga mangkuk
tu diaaaaa
mmg citaras dia




beransur petang masih ramai yang berbaris

sesiapa yg berminat boleh google Itik Salai Masthar
sempat temuramah tokehnyer
satu hari lebih kurang 200 ekor di salai
masak lemak cili padi yang ummmmpppphhh

Wednesday, October 31, 2018

Pagi Rabu

Assalamualaikum

Lunch bersama My Sweet Family
DJU Restaurant - Cheras
28 Oktober 2018



Tuesday, October 30, 2018

hari bersejarah Nurulhuda dan Fauzan - Dewan Semarak Felda


27 Oktober 2018
majlis resepsi Huda dan Fauzan

jam 10 pagi acara pernikahan
11.30 makan tengahari

biasaler
kami ber2 menjadi penanggah majlis
jam 9.00 kami  udah sampai

semua telah diatur



selepas nikah sempat juga selpi ngan pengantin


bersama kawan sesama bertugas




salah seorang  orang kenamaan datang
Datuk Yusof Nor
Tan Sri Aziz Samsudin
gambar x sempat snap

orang Perak bertemu orang Terengganu
secara kebetulan malam tu perlawanan akhir Bolasepak

makin erat kekeluargaan kami.

selamat pengantin baru

Monday, October 29, 2018

Perak akhiri kemarau 18 tahun

Assalamualaikum

sungguh berdebar tengok bola Perak vs Trengganu

pjkwe ku relax jer 

diri sendiri yg tidak ketahuan
maklumler negeri ku Perak masuk Final

TAHNIAH PERAK



MERAIKAN KEMENANGAN


hasil penat lelah berhasil jadi juara

moh kter baca paper harini


SHAH ALAM: 

Perak menamatkan penantian 18 tahun menjulang Piala Malaysia dan menambah gelaran kelapan apabila menewaskan Terengganu (TFC) 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 pada aksi final di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Keputusan ini mengulangi kejayaan yang dilakar The Bos Gaurus pada 20 tahun lalu apabila menewaskan lawan sama juga menerusi sepakan penentuan penalti 5-3 selepas terikat 1-1 pada final edisi 1998.

Kemenangan ini nyata begitu manis selepas skuad The Bos Gaurus itu terpaksa bangkit selepas ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama dan sekali lagi ketinggalan pada masa tambahan sebelum mengheret perlawanan ke sepakan penalti penentuan.

Bagaimanapun, dua kad merah yang dilayangkan pengadil, Suresh Jayaraman masing masing satu kepada pemain TFC dan Perak serta mutu pengadilannya di pentas akhir yang boleh dipersoalkan mencemari aksi berprestij itu.


Belum pun sempat panas, The Bos Gaurus dikejutkan menerusi kesilapan pertahanan, Mohd Idris Ahmad yang cuba menghantar bola ke belakang namun hanya perlahan,  pantas disambar Tchetche Kipre yang kemudiannya mudah menewaskan Mohd Hafizul Hakim untuk gol pembukaan seawal minit pertama.


Kontroversi tercetus apabila jaringan pemain tengah Perak, Leandro Dos Santos pada minit ke-32 dibatalkan Suresh kerana pemain itu dikatakan mengasari Mohd Suffian.

Bagaikan ada yang tidak kena dengan Perak, kesilapan mudah sekali lagi memberikan gol percuma kepada Terengganu apabila Hafizul sekadar ‘menendang angin’ dan bola diambil oleh Kipre yang kemudiannya menolak masuk ke arah gawang ternganga pada minit ke-42.

Bersambung babak kedua, Perak kembali dengan semangat baharu dan perlawanan kembali terbuka apabila mereka berjaya mengurangkan defisit seminit selepas rehat menerusi penyudah Mohd Firdaus Saiyadi.


Perlawanan bertukar hangat dengan cara yang tak sepatutnya pada minit ke-56 apabila pergaduhan tercetus sehingga menyaksikan Gilmar dilayangkan kad kuning kedua sekali gus diperintahkan keluar padang sebelum Lee Tuck berdepan nasib sama pada minit ke-66.


Ketika TFC sudah berada di ambang kemenangan, Brendan Gan memastikan perlawanan diheret ke masa tambahan apabila mengikat kedudukan 2-2 menerusi rembatan jarak jauh pada minit pertama masa tambahan separuh masa kedua.

Mohd Faiz Nasir menceriakan TFC apabila meledak gol ketiga pada separuh masa pertama masa tambahan namun skrip sama sekali lagi berulang apabila TFC memberikan talian hayat kepada Perak dengan jaringan sendiri Igor Zonjic pada minit akhir sehingga memaksa perlawanan berlanjutan sehingga sepakan penentuan penalti.





Tuesday, October 16, 2018

segmen saya nak buku Free by Cuya

Assalamualaikum
meh reramai kte join segmen By Cuya

klik banner yang nak join

  1. Copy gambar di atas dan backlink untuk di entri di blog korang.
  2. Follow blog Drawing The Words
  3. Follow ig  @_suhxj 
  4. Pilih buku yang korang nak .Free memang free tapi postage korang bayar.Ikut koranglah kalau nak buku,taknak takpe.Still boleh join. Sape cepat pilih,dia dapat (Sila nyatakan di komen dan di entri korang)
  5. Komen link entri anda di entri bawah
Ada syarat tambahan daripada sponsor
Like, follow insta dan fb


SEGMEN BERLANGSUNG DARI 15 OCT HINGGA 18 NOV

untuk lebih detail boleh follow 


jikalau saya terpilih - random pun x kisah.


Friday, October 5, 2018

Lunch kat D'Laksa Aeon


Lunch tadi kat Aeon Shah Alam
Lama tak makan laksa




ambik set RM20.50

kami ber4 tadi

sedap sungguh rasenya
laksa
fishball kuah laksa
dan rojak

package sekali


lepas makan shopping t-shirt murah
ada happy hour