Salam Petang
Company kami ada wat program Biggest Loses 2018
tempoh dari bulan Jun - Ogos 2018
terbuka kepada pegawai dan kakitangan
tidak ketinggalan mendaftar nama juga
wat ler exercise untuk mencapai target
kot boleh kurus -
kategori Wanita dan Lelaki
Timbang Pertama
Timbang Kedua
dan Timbang Ketiga
tengok ler ada penurunan ker tidak
gigih jugala ke gym waktu lunch
mmg ada gym disediakan di company kami.
Pemenang diumumkan pada 28/9/18
masa tu empunya diri Cuti ada Urusan Keluarga
yang gambar dibawah ni
tudung hitam dapat yang pertama
tudung Pink yang Ketiga
tahniah untuk diri sendiri
dapat tempat kedua
xder dlm gambar
ada penyusutan berat badan
sebahagian rakan22 yang menyertai - ada lagi tp tidak dapat sertai ada hal memasing.
insyaalllah tahun depan kter cuba lagi
ini hadiah yang ku dapat medal dan
wang ringgit dalamnya RM400.00.
Pertama RM600.00
Ketiga RM200.00
lumayan bagi kami22 ni ler.
girang tidak terkira
sempena hari jadiku pada 29/9/18.
terima kasih kepada penyelaras program.