Wednesday, April 22, 2020

alhamdullillah Dapat diskaun sempena PKP





TNB beri diskaun penggunaan elektrik sempena PKP




BAGI meringankan beban rakyat Malaysia ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion pada 27 Mac lalu.

Sehingga hari ini, satu persatu inisiatif telah dilaksanakan termasuklah pemberian diskaun penggunaan elektrik yang memperuntukkan diskaun berjumlah RM1,024.7 juta hasil kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Diskaun yang bakal memberi manfaat kepada hampir tujuh juta rakyat Malaysia berpendapatan rendah ini diberikan secara automatik kepada semua pelanggan domestik berdaftar TNB dan boleh dinikmati bermula April sehingga September depan mengikut jumlah penggunaan bulanan:-
  • Tiga juta pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200kWh akan menerima diskaun 50 peratus.
  • 1.5 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 201 kWh hingga 300kWh akan menerima diskaun 25 peratus.
  • 2.2 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 301kWh hingga 600kWh akan menerima diskaun 15 peratus.
Diskaun prorata

Image

Memandangkan tiada bacaan meter elektrik dan bil bercetak dikeluarkan sepanjang tempoh PKP, justeru bil bulanan dikira berdasarkan anggaran penggunaan bil bulan sebelumnya.
Diskaun akan diberikan secara prorata dengan mengira penggunaan elektrik mulai 1 April 2020.

Bagaimanapun, bil akan diselaraskan semula selepas kakitangan TNB membuat bacaan sebenar di kediaman anda selepas tamat tempoh PKP.
Anda juga digalakkan supaya menyemak bil menerusi laman web myTNB atau muat turun aplikasi myTNB untuk platform Android dan iOS.

Sektor perniagaan dan industri lain tidak ketinggalan

Selain daripada pengguna domestik, TNB turut menawarkan diskaun penggunaan elektrik sebanyak 15 peratus kepada sektor dan perniagaan yang terjejas seperti syarikat perhotelan, agensi pelancongan, penerbangan tempatan, pusat beli-belah, konvensyen dan taman tema.
Untuk sektor industri lain, komersil dan pertanian tertentu, TNB akan memberikan diskaun sebanyak dua peratus untuk penggunaan elektrik enam bulan seterusnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif TNB PRIHATIN ini, layari laman web TNB

copypaste BH

bihun sup CAFE BERNAS


salam tengahari

nampaknyer Lepas Raya ler
baru dapat makan Bihun Sup Cik Nor Cafe ni


Cafe tutup sepanjang PKP


makanan ringkas PKP

#STAYATHOME

dapat roti gardenia - kawan tolong belikan
disertakan dengan sambal bilis 

roti gardenia jadi makanan utama 
mesti ada dimeja




sempat jugak wat cekodok nasi tengok dalam youtube

Friday, March 13, 2020

beruniform bila ada Program di Opis







JJCM di AEON Shah Alam 6/3/2020


Assalamualaikum

Salam Sejahtera





yang tengah tu Ziqa
dia cuti dan join kami lunch

Friday, February 28, 2020

Kenangan ke Kundasang Sabah dari 17 - 19 Februari 2020


mencabar nk pegi ke Airport
awal pagi jam 3.30 udah bertolak dari rumah

flight jam 8.00 pagi  KUL/BKI by Malindo Air



sampai KK jam 10.40 pagi
terus cari makan


petang kami ronda2222 ke tepian pantai
tengok sunset





atas bukit menuju ke kaki Gunong Kinabalu
cuaca sejuk - renyai 

bersama pasangan memasing




Kundasang
jumpa pulak Kak Fatimah di sana
sempat bergambar juga



bersama 
Kakak-Kakak yang sporting nak bergambar


kenangan bergambar

Thursday, January 23, 2020

GONG XI FA CAI GATHERING @ BERNAS




kejadian di Pejabat Glenmarie jam 11.00 pagi tadi

minum pagi  - ada cabutan bertuah - Yee Sang pun ada

tema merah   - dan ada pertandingan Wefie

dan haruslah bergambar beramai-ramai






terima kasih sumbangan 
 gambar dari kengkawan

gong xi fa chai

Tuesday, January 14, 2020

selamat pengantin baru Farah dan Adam




28 Disember 2019 di Hotel Ames - Melaka



melayan gelagat Hana 
yang x duduk diam