Wednesday, February 4, 2009

MAKAN SEAFOOD

Makan Malam di Arun Thai Seafood Garden - Cuti Tahun Baru Cina
28 Januari, 2009 - bersama keluarga di Ulu Kinta, Perak

Akram monyok dan merajuk, kena marah ngan mama, pas tu paktam pujuk

Ikan Kerapu Tiga Rasa,Udang goreng tepung, tomyam, sayur kailan, ayam goreng kunyit,
sotong masak kicap, sambal belacan, air tembikai, air carrot

Selesai habis makanan
Akram malu makanan udah habis - mula22 xnak makan









Tuesday, January 13, 2009

DUA RIBU SEMBILAN






Tengok result semasa latihan- pemain handalan yang akan berentap 17/1/09


Pemain handalan - tudung biru digeruni

Sessi Latihan - kami berdua boleh baling je

Belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009.

1 Januari 2009, delima dan rakan-rakan lain telah menghadiri Pembuka Tirai GP Joran 2009 di Tasik Titiwangsa. Awal jam 7 pagi telah bermula acara di sana. Keliling tasik telah dipenuhi oleh pemancing-pemancing - dengar ceritanya dari jam 4 pagi peserta2 ni telah mencari lokasi yang sesuai untuk memancing.

3 Januari 2009 ke jemputan kenduri kahwin sepupu di Batu Caves, masa tu le jumpa sanak saudara yang lama tidak berjumpa - memang menyeronokan. On the way balik dari jemputan kahwin singgah d Pin Junction, saje2 pegi membaling ngan pakwe - telahan pulak Syarikat kami akan membuat tournament Boling dengan SapuraCrest pada 17 Januari, 2009. Delima pergi latihan sendiri bersama pakwe - sesuka saje. Balingan tidak le sehebat Shalin Zulkifli - tapi nama dalam senarai pemain. Apabila hari perlawanan nanti tidakle gementar sangat walaupun tidak bagus.

10 Januari 2009 ada jemputan kahwin sebelah pihak lelaki, delima dan pakwe menghadirkan diri sebagai rombongan pengantin pihak perempuan. Banyak-banyak kenduri yang delima hadiri, kenduri inilah yang paling grand sekali - Tema Dalam Taman dipenuhi bunga22 yang cantik beranika warna dihiasi lampu-lampu cinderelela - memang cantik dan menarik. Gaun pengantin yang dipakai pengantin sungguh cantik dan anggun. Terpegun seketika. Bila nak snap gambar, bateri kamera udah penuh - kecewa sangat. Hanya bergambar dengan kamera sanak saudara, tak tahu le bila nak dapatnya.

Hari-hari yang berlalu sekarang sibuk dengan latihan Boling bersama kawan-kawan - Balingan delima tidak konsisten langsung - Masuk longkang sesaja.
Gambar di atas semasa latihan boling bersama kengkawan
d Pin Junction........


C u All





































Thursday, November 6, 2008

TIMBERLAND



Bersua lagi, ikut kan kemalasan melanda, digagahkan juga untuk mencoret sepatah dua kata,
cite sebulan yang lalu pegi jenjalan kat OU, Damansara.
Gerak kaki kami ke butik Timberland. Pakwe mencuba beberapa kasut yang berkenan di hati,
katanya kasut yang dipakai pohon diganti baru. Cuba punya cuba - keluar dengan hampa.

Ke Chicken Rice Shop - makan Curry Laksa ngan teh tarik. Udah kenyang sambung shopping ke OU -
Wing Baru, masuk ke parkson, beli barang keperluan delima dan bateri kamera.

Penat berjalan singgah semula ke butik Timberland, cuba semula kasut yang berkenan di hati, delima tanya ngan budak lelaki yang jaga kat situ, xkan xde less dek klu dengan harga yang mcam ni, bargain punya bargain dia kata, boleh dapat 35% less kecuali kena ambik kasut atau apa-apa barangan harga RM1,000 keatas. pakwe kata ngan delima pilih le nak kasut yang mana? Delima kata xnak kasut nye mahal RM500 keatas nak pakai kat kaki je. Dan Pakwe kata untung ambik dua barang. Delima pun cuba le kasut yang ade kat situ, ade berkenan di hati tapi size xde. KECEWA sekejap.

Dalam pada pakwe dok mencuba ade seorang hamba allah pun pilih kasut yang sama ngan pakwe, delima tanya kat orang tu memang buat koleksi Timberland ke? katanye ye, kebanyakan kasut, seluar, dan barang lain memang dari jenama Timberland. Wau dasyat. dan dia terus offer klu nak beli boleh pakai kad membership dia, pucuk dicita ulam mendatang terkejut kte ngan dapat less 35% dan ade kurang harganye lagi.

Jadi le pakwe ambik, siap salam bagai, Namanye Encik Zainuddin.

Budak yang jaga tu kata, nanti ade sales Timberland dia akan call Pakwe kte. Nak jadi membership Timberland fikir banyak kali. Mahal, xmampu.








C u All