AAMIIN-AAMIIN
Wednesday, August 30, 2017
Tuesday, August 29, 2017
Pandai Masak rupanya
assalamualaikum
hari ni menu aper?
[4:00 PM, 8/29/2017] TAUFIQ: wasalam
[4:01 PM, 8/29/2017] TAUFIQ: hihi
: nmpk sedap nyer - siap bawang besar bagai
: mkn berbuka petang ni pasti berselera
hari ni menu aper?
[4:00 PM, 8/29/2017] TAUFIQ: wasalam
[4:01 PM, 8/29/2017] TAUFIQ: hihi
: nmpk sedap nyer - siap bawang besar bagai
: mkn berbuka petang ni pasti berselera
ini ler hasil anak buah kiter kena masak untuk adik22 balik dari kerja
AYAM MASAK SAMBAL
pesanan dari emaknya tidak dilupakan - jaga adik, jaga rumah dan jaga makan adik222nya
kami sekeluarga mendoakan emaknya dapat menunaikan fardhu haji dengan mudah dan mendapat haji yang mabrur
bila berjumpa mesti bergambar
jom layan Gambar Sri Kandi Bolajaring Malaysia
Biodata:
Tarikh lahir: 9 Ogos 1997
Tempat lahir: Ampang, Selangor
Bapa: Azizan Azmi
Ibu: Norsila Jaafar
Adik beradik: Anak keempat daripada lima beradik. Mewarisi bakat bersukan daripada bapanya, bekas pemain ragbi kebangsaan.
Tinggi: 175 sentimeter
Berat: 75 kg
Pendidikan: Sekolah Sukan Kuala Lumpur; Sekolah Sukan Bukit Jalil
Sukan:
- Mula berjinak-jinak dengan bola jaring pada usia 13 tahun.
- Aktif dalam sukan olahraga, khasnya acara lompat jauh.
- 43 kaps bersama skuad kebangsaan sejak 2013.
- Dipilih sebagai 'Pemain Paling Bernilai' ketika pasukan negara muncul juara.
- Kejohanan Bola Jaring Asia 2016.
- Posisi: Penyerang (GS)
teringat zaman silam semasa mewakili bolajaring untuk Syarikat
adakah anda semua pernah bermain Bolajaring.......
semoga NAJWA terus suksess
Monday, August 28, 2017
LIN DAN KALAH
Lin Dan tumbang di tangan Axelsen
Share
|
GLASGOW:
Pemain Denmark, Viktor Axelsen memenuhi impiannya apabila menumbangkan
pemain legenda, Lin Dan dalam dua set untuk merangkul kejuaraan
perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow.
Pada usia 33 tahun, Lin Dan memburu gelaran keenamnya tetapi hajatnya disekat dalam kekalahan 22-20, 21-16 di tangan Axelsen yang 10 tahun lebih muda.
Axelsen adalah pemain Denmark ketiga merangkul kejuaraan perseorangan lelaki selepas Flemming Delfs (1977) dan Peter Rasmussen 20 tahun lalu, juga di Glasgow.

"Tetapi sukar dipercayai dapat menewaskan Lin Dan. Sudah beberapa tahun saya menyaksikan dia bermain. Hari ini, saya mungkin tampak yakin, tetapi di dalam saya menggeletar seperti anak kecil."
Bagi Lin Dan pula, ia adalah kekalahan yang cukup sukar diterimanya. "Jika saya menang set pertama, keputusannya mungkin berbeza," kata jaguh dari China itu. "Tetapi di set kedua, tekanan tertumpu kepada saya."
Thursday, August 24, 2017
Maksud LOGO Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017
LOGO Sukan Sea Ke 29
yang amat menarik bagi ku.....
Logo Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017
Wau Bulan dipilih sebagai logo rasmi temasya Sukan SEA ke-29 – Kuala Lumpur 2017. Logo ciptaan Mohd Samsudin Adnan dipilih daripada 174 penyertaan menerusi pertandingan mencipta logo yang diadakan sebelum ini. Pelancaran logo rasmi ini disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, khairy Jamaludin Abu Bakar di Esplanade, Suria KLCC, disini, sebentar tadi.Pemilihan Wau Bulan ini berdasarkan kepada keindahan, kesantunan dan kekuatannya membelah awan. Selain itu, ia juga melambangkan keunikan sukan menuju ke arah kecemerlangan lebih tinggi. Kombinasi warna yang digabungkan pada logo berkenaan pula mewakili warna-warna panji semia negara Asia Tenggara sekali gus melahirkan identiti Kuala Lumpur 2017.
Turut dilancarkan pada majlis sama adalah tema temasya iaitu ‘Bangkit Bersama’. Khairy berkata pemilihan tema ini adalah seiring dengan cabaran terkini dan akan datang yang perlu ditempuhi oleh negara Asia Tenggara sebagai satu komuniti.
Turut dilancarkan pada majlis sama adalah pendaftaran sukarelawan Kuala Lumpur 2017. Mereka yang berminat mendaftar boleh melayari laman sesawang rasmi temasya di www.seagames2017.com.my. Sumber: BHarian
semoga kontinjen Malaysia BERJAYA mencapai target pingat Emas...
Wednesday, August 23, 2017
Tuesday, August 22, 2017
Atiehilmi-com; First Giveaway Ukhwah Kita Kerana Allah
klik22222 memeriahkan giveaway ATIEHILMI
CARA-CARANYA :
1 : FOLLOW blog kakak
- kakak akan follow awak balik nanti..
2 : FOLLOW G+ kakak
- pun sama !! kakak akan follow balik jugak nanti..
3 : FOLLOW INSTAGRAM kakak
4 : LIKE FANPAGE kakak
3 : TULIS entri berkaitan ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH - kerana blognya kemas, padat dengan cerita2 yang memberi pengajaran kepada pembaca dan tidak membosankan jalan ceritanya.
itu hadiah klu berjaya diterima.
INGATAN UNTUK DIRI SENDIRI
Usrah Tarbiah Jiwa
Teruslah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik, taip yang baik-baik.
Walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada orang lain.
Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat.
Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri kita sendiri.
Malam tadi tengok Bola Sepak
Anak buah Kim Swee pukau Myanmar
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor
Share
|
SHAH ALAM:
Malaysia mengesahkan tempat ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas menewaskan Myanmar 3-1 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berkongsi sembilan mata dengan Myanmar yang berada di tangga teratas Kumpulan A.
Malaysia bermula sedikit perlahan dengan Myanmar terlebih dahulu menguji kubu pertahanan negara menerusi percubaan Aung Thu yang hanya sedikit tersasar di penjuru kanan pintu gol.
Bagaimanapun, selepas 25 minit perlawanan, Malaysia dilihat sudah mula menemui rentak dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya terutama sepakan percuma menarik Irfan Zakarian namun ditepis penjaga gol, Sann Sat Naing.
N Thanabalan menceriakan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya apabila menampan masuk bola sepakan Matthew Davies pada minit ke-34.
Hanya seminit selepas itu, Stadium Shah Alam terus gamat dengan sorakan penyokong Harimau Malaya apabila Safawi Rasid meledak gol kedua Malaysia selepas menanduk masuk bola hantaran S Kumaahran.
Myanmar cuba bangkit memburu gol penyamaan sebaik bersambung babak kedua tetapi gagal menemui penyudah termasuk rembatan Si Thu Aung dari luar kotak penalti pada minit ke-55 yang melepasi palang gol.
Thanabalan hampir meledak gol kedua peribadi pada perlawanan itu, namun rembatan derasnya pada minit ke-59 berjaya diselamatkan Sat Naing.
Lapan minit sebelum tamat permainan, Thanabalan akhirnya menebus kekecewaan itu apabila menanduk masuk bola hantaran silang Muhammad Jafri Firdaus Chew untuk meletakkan Malaysia selesa mendahului 3-0.
Myanmar akhirnya berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-86 menerusi pemain gantian, Than Paing namun sudah terlambat untuk mereka sekurang-kurangnya mendapatkan keputusan seri.
Friday, August 18, 2017
Jumaat - 25 Zulkaedah
Thursday, August 17, 2017
JAMU MATA MKN DI SUNGAI KLAH BULAN LALU
Wednesday, August 16, 2017
RABU
Tuesday, August 15, 2017
Port Sate Baru RONO
lepas zohor kami keluar 6/8/17
pada asalnyer nak naik train ke Kajang guna MRT tapi tempat parking penuh -
Bandar Hussein On
terus ler bawak kete ke Samuri Sate Kajang
fuhhhhh - punya penuh orang sampai xder meja yang kosong
maklumler station train betul222 kat restoran nya
memang berbaloi222 bisnes kat situ

kami balik ikut jalan lama jumpa ler
SATE RONO
operasi jam 5.00 ptg
kami sampai jam 4.00 ptg
memula kata nya air lom masak
tapi sate mereka telah mula membakar
kami setia menunggu
ini lah hasilnya
dagingnya besar wehhhhh
ada juga berbagai menu mee
tujuan nak mkn sate - abaikan yang lain.
Sate ayam RM1.00
Daging RM1.10
Kambing pun ada tp xingat RM nya
klu nak cuba boleh ke SATE RONO jalan lama nak ke Kajang
RONO tiada cawangan di mana222
TUNKU TUN AMINAH , DENNIS SELAMAT DIIJAB KABUL
SELAMAT PENGANTIN BARU
Tunku Tun Aminah, Dennis selamat diijab kabul
Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof
Share
|
JOHOR BAHRU: Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan warga Belanda, Dennis Muhammad Abdullah, selamat diijab kabul di Istana Bukit Serene di sini dengan penuh tradisi dan adat istiadat budaya Johor, sebentar tadi.
Sebanyak 30 gambar istiadat nikah yang dimuat naik dalam laman Facebook Johor Southern Tigers dikongsi sehingga lebih 5,000 pengguna laman sosial berkenaan sejak dimuat naik sejam lalu.
Laman sosial berkenaan turut merakamkan ucapan sembah tahniah kepada Tunku Aminah dan suaminya.
Menerusi gambar yang dimuat naik, semua keluarga Diraja menghadiri istiadat berkenaan.
Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Upacara bersanding dijangka berlangsung jam 8 malam ini di Bilik Singgahsana, Istana Besar di sini.
Tunku Tun Aminah yang diputerikan pada 8 April 1986, adalah anakanda kedua daripada enam beradik dan puteri tunggal kepada Sultan Ibrahim dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.
SAMA CANTIK SAMA PADAN
Monday, August 14, 2017
nak settle pun perlu menggunakan pihak Lawyer
3hb Ogos 2017yg lalu ada appointment ngan Lawyer Bank RHB
jadi terpaksa lah pkwe ku menemani nya
urusan jual beli rumah selesai
urusan settle pembayaran pun ada lawyer juga
cuma senangnya x payah susah222 nak lantik lawyer lagi
pihak Bank uruskan.
datang dan sign berbagai222 surat yang disediakan dan sediakan duit bayaran
pihak lawyer yang dilantik akan buat proses selanjutnya
pejabat nya di Bangunan Campbell bersebelahan ngan Pejabat Polis Dang Wangi
harap2222 semua berjalan lancar
selepas ini akan ke Developer pulak
akan ada pihak lawyer lagi dari sana
sedia jer lah wang bayaran
settle jadi hak milik sepenuhnya....
tunggu proses lagi dalam masa 2 bulan.
Friday, August 11, 2017
Hati waja team menakluki gunung ELBRUS
Kuala Lumpur: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Meskipun pernah diuji dugaan hebat, disahkan menghidap penyakit kanser payu dara pada 2001 dan kanser Acinic Cell Carcinoma pada tahun 2014 namun kekentalan semangat wanita berusia 56 tahun, Renee Aziz Ahmad wajar dicontohi.
Pesara jurutera kanan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Berhad
itu bukan saja tidak pernah mengalah dengan setiap ujian yang mendatang,
malah berani menyahut cabaran menyertai misi menakluk puncak tertinggi
Eropah, Gunung Elbrus bersama pasukan Kembara Srikandi Prihatin (KSP)
bermula 23 Ogos hingga 5 September depan.
Selain Renee, misi KSP itu turut disertai pendaki berpengalaman Fazilah Abd Manan, Ummu Farah Haidar Zulkifli, wartawan Harian Metro Fairul Asmaini Mohd Pilus, Nir Azmin Adnan dan Nurul Huda Shamsuddin.
Pembabitan wanita itu dalam sukan mendaki gunung bukan baru kerana pada tahun 2005, dia menawan puncak tertinggi di benua Afrika, Gunung Kilimanjaro setinggi 5,895 meter (m) di Tanzania.
Katanya, kejayaan itu cukup bermakna kerana sebelum itu dia berjuang melawan kanser payu dara termasuk menjalani pembedahan, kimoterapi dan radioterapi.
“Siapa yang tidak ‘terduduk’ jika diuji dengan penyakit yang ditakuti semua wanita itu, namun saya memilih untuk terus positif dalam menerus kehidupan kerana percaya ada hikmah di sebalik setiap ujian daripadaNya.
“Jadi, apabila disahkan bebas daripada penyakit itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi dan pada tahun 2007, menyertai misi amal, Climb With PRIDE ke Gunung Aconcagua, Argentina bagi menyebarkan mesej pengesanan serta rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu negara, kelmarin.
Seorang lagi pendaki, Fazilah Abd Manan, 41, berkata, puncak Elbrus menjadi idamannya selepas berjaya menakluk Gunung Kosciuszko, Australia dua tahun lalu.
Dia yang juga seorang pendaki sokongan misi D’Everest, Tibet tahun 2011, berkata, menakluk tujuh puncak tertinggi dunia menjadi idaman setiap pendaki dan juga kemuncak kepada minat yang sudah lama diceburi.
Katanya, pada ekspedisi sebelum ini dia tidak dapat mencapai sasaran peribadi ekoran masalah kesihatan dan mahu menebusnya di Elbrus nanti.
“Saya dan rakan pasukan sudah menjalani ujian kecergasan serta beberapa siri latihan sejak Disember (2016) dan kemuncaknya, kami berjaya menakluk Gunung Kinabalu pada 23 Julai lalu.
“Kami melakukan semua ini bukan disebabkan mahu mengejar kemasyhuran atau keseronokan peribadi, sebaliknya mahu membawa nama Malaysia ke persada dunia.
“Pasukan menggalas tanggungjawab besar kerana misi ini juga adalah salah satu program Negaraku di bawah Pejabat Perdana Menteri dan kami mengharapkan doa daripada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Thursday, August 10, 2017
aku berbangga rakan netball dan rakan sepejabat akan menakluki gunung Elbrus, Russia
PM serah Jalur Gemilang kepada Kembara Srikandi Prihatin
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyempurnakan majlis penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada enam peserta Kembara Srikandi Prihatin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Antara peserta kembara berkenaan ialah Pengarah Projek Kembara Srikandi Prihatin, Ummu Farah Haidar Zulkifli; Ahli Pergerakan Puteri UMNO, Nurul Huda Shamsuddin dan Nir Azmin Adnan serta Wartawan Harian Metro, Fairul Asmaini Mohd Pilus.
Turut hadir Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Program itu dianjurkan Persatuan Kembara Negara dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO dan Harian Metro sebagai media rasmi.
Kontinjen terbabit bakal memulakan misi menakluk puncak tertinggi Eropah, Gunung Elbrus, Russia, pada 23 Ogos hingga 5 September ini sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60.
Mas Ermieyati ketika sidang media berkata, misi kembara itu disertai enam wanita terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk seorang bekas pesakit kanser untuk mempromosi gaya hidup sihat melalui aktiviti lasak.
Pada masa sama, ia dijadikan sebagai platform meningkatkan kesedaran anak tempatan sambil mengumpul dana bagi membantu Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Persatuan Kebajikan Barah Payudara serta Rumah Pemulihan dan Perlindungan Darul Wardah.
"Program ini menekankan peranan wanita dalam sesebuah negara selain menjadi sumber inspirasi kepada rakyat bahawa cabaran hidup seperti kanser atau krisis hidup tidak menghalang untuk menyumbang kepada masyarakat serta negara.
sessi penyerahan Bendera Malaysia di PWTC semalam.
lima dari kanan rakan ku Fazilah Abdul Manan
semoga berjaya kesemua bakal pendaki.
Subscribe to:
Posts (Atom)