Lin Dan tumbang di tangan Axelsen
GLASGOW:
Pemain Denmark, Viktor Axelsen memenuhi impiannya apabila menumbangkan
pemain legenda, Lin Dan dalam dua set untuk merangkul kejuaraan
perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow.
Pada usia 33 tahun, Lin Dan memburu gelaran keenamnya tetapi hajatnya disekat dalam kekalahan 22-20, 21-16 di tangan Axelsen yang 10 tahun lebih muda.
Axelsen adalah pemain Denmark ketiga merangkul kejuaraan perseorangan lelaki selepas Flemming Delfs (1977) dan Peter Rasmussen 20 tahun lalu, juga di Glasgow.

"Tetapi sukar dipercayai dapat menewaskan Lin Dan. Sudah beberapa tahun saya menyaksikan dia bermain. Hari ini, saya mungkin tampak yakin, tetapi di dalam saya menggeletar seperti anak kecil."
Bagi Lin Dan pula, ia adalah kekalahan yang cukup sukar diterimanya. "Jika saya menang set pertama, keputusannya mungkin berbeza," kata jaguh dari China itu. "Tetapi di set kedua, tekanan tertumpu kepada saya."
No comments:
Post a Comment