petang smlam dapat berita kawan karib telah kembali ke rahmatullah di Hospital Sg Buloh semasa menjalani terapi dialisis.
Terima panggilan dari Abangnya - agak terkejut tapi semua ketentuan Yang Maha Esa.
sebenarnya agak lama tidak berjumpa dan bertanya kabar
Selesai urusan . Jenazah telah dibawa dari Hospital Sg Buloh ke Masjid Saidina Hamzah Batu Muda untuk di solatkan dan dibawa ke tanah perkuburan Islam KL-Karak, Batu Muda.
Van Jenazah sedia menunggu
kami dan orang terdekat menghadiri urusan pengkebumian
ada wakaf yang cantik disediakan
kawasanya agak luas
ini adalah batu tanda telah siap
keadaan mendamaikan
walaupun tepi highway
ya allah ya tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada hali keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
diharap keluarganya tabah menghadapinya.
No comments:
Post a Comment