Thursday, July 6, 2017

RAYA MELAKA - KAMPONG ENCIK SUAMI

Tiap-tiap tahun memang raya di kampong suami - siap masak segala bagai
selepas solat aidil fitri  bertolak ke Melaka
Tapi tahun ini lain sikitnyer kerna beraya dirumah adiknya -  di bukit katil - Lintang Melaka disebabkan emak berada di sana 
 Kami semua berkumpul di situ ler.
Selesai menjamu selera bersalam dan segalanya - hampir jam 5 petang kami memohon pulang tapi bukan pulang ke Kuala Lumpur.

Kami check-in di sini - Mahkota Hotel, Melaka
bukan berbangga diri tapi disebabkan famili adiknya agak besar, kami ambik keputusan menginap di sini ler.


semasa check-in agak ramai yang menginap di sini

ada 2 swimming pool
ramai yang udah turun bermandi-manda

kami dapat apartment yang jauh
nasib baik boleh bawak kereta ke blok tu
klu tidak jenuh mengheret beg


apartment - agak besar
untuk keluarga besar memang elok



bilik pun besar


ada dapor bagai - agak selesa

hari Kedua  - beraya di Tangkak
dan petang sebelum balik ke Kuala Lumpur jumpa MIL dahulu
dan sambung raya ke rumah kawan di Ayer Molek
ada bbq kambing pulak

jam 11 malam balik ke Kuala Lumpur - kereta memenuhi jalan dan agak slow perjalanan
jadinya cepat mengantuk ler kan
 every R&R singgah tidor sekejap baru jalan
kesudahanya sampai KL jam 4 pagi.

terus bersahur - untuk menunaikan puasa sunat syawal


1 comment:

thisni3za said...

Selamat Hari Raya!!! =)