Friday, October 24, 2008

KARNIVAL GP JORAN AKHIR

kembali semula ke blog delimasari, masih dibulan raya 24 Syawal 1429
Pada 17-19 Oktober, 2008 yang lalu delimasari dan rakan-rakan seramai 4 orang
ke dungun, trengganu, ada GP Joran Final di sana. Masih memilih menginap
di ULEK BEACH RESORT.
Tempat tu menarik bagi kami.
Kali ini menu kami memasak bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada
pengunjung yang berkunjung ke gerai kami.
Hadiah GP Joran Final kali ni agak lumayan, ada kereta, motosikal,bot, mesin basuh, TV Flat Screen, Biskut Raya, Maggi, Beras, Pancing Ikan, Cabutan Bertuah pula dapat wang tunai.
Kereta VIVA telah dimenangi oleh peserta dari Perak
tangkapan ikan pari yang terberat dan besar,
- gambar di bawah.


Ikan Tenggiri

Ikan Pari

Hai' Pakwe sonok mengacau bubur lambuk


Pemenang pertama dapat kereta



C u All







Wednesday, October 8, 2008

9 Syawal 1429

Kenangan Raya
Seperti tahun-tahun lepas Raya 2008 delima beraya di kampung Pakwe Durian Daun, Melaka Pada delima raya sekarang tak de yang menyeronokan sekadar menyambut raya sebagai umat islam menghabiskan puasa di bulan ramadhan. Duit raya Pakwe yang uruskan anak saudara kedua-dua belah pihak. Delima sediakan untuk budak2 datang ke rumah dan juga untuk kakak dan adik di Perak + emak mentua. Macam biasa le beraya pada hari raya pertama beraya ke rumah saudara mara sebelah pakwe, tak silap empat buah rumah delima turut serta beraya bersama sanak saudara di sana.

Pagi Raya kedua ke pasar beli makanan untuk breakfast menunya, Nasi lemak dan roti canai. Untuk masakan tengahari, dapat le Ikan Jenahak untuk masak asam pedas dan sedikit sayur. Delima setakat bantu di dapur saja, Chief Masakan import dari Johor.

Selesai d dapur kami beraya ke rumah saudara-mara sebelah ayah pakwe, dapat makan mee goreng panas, pas tu makan tart nenas agak sedap juga. Petang tu beraya ke rumah kawan se pejabat Puan Ainon Awang - rumah nye memang besar sebiji Banglo tersergam di tanah pusaka peninggalan ayahnye. Malamnya Kak Ainon buat BBQ tapi delima dan pakwe tidak sertai untuk ahli keluarganye saja.

Raya ketiga pagi-pagi lagi buat minum pagi dengan menu bihun goreng dan goreng pisang lepas tu bersiap-siap untuk balik ke kampung delima di Perak. Di Perak cuma ade adik-beradik aje setelah kedua orang tua delima lebih 10 tahun meninggalkan kami. Hanya pergi ke rumah saudara-mara terdekat saje. Gambar Raya tidak dapat disertakan. (kesilapan teknik)

Dulu delima ada ibu angkat, selalunye pagi-pagi raya mesti hantar rendang, lemang dan kuih-muih ke rumahnye sebelum ke surau untuk menunaikan solat sunat hari raya dan terus beraya ke rumah jiran-jiran terdekat. Tapi sekarang semua tu tidak ada lagi dalam kamus delima. Sebab sejak kematian orang tua delima, delima akan beraya dahulu di kampung pakwe di melaka.

Raya keempat tengahari baru sampai ke rumah abang di Kuala Kangsar, mereka telah selesai makan tengahari kerana ada majlis pertunangan anak buah dengan orang kampong tu jugak.

Menu tengahari tu,

Kari Daging, masak lemak labu, sambal belacan, kuah asam untuk cicah ikan bakar serta ulam mentimun.

Delima turut serta ke rumah pihak perempuan dengar juga perbincangan antara kedua belah pihak. Tempoh pertunangan 1 tahun setengah je. Jenuh le nak menyediakan duit hantaran.

Selamat bertunang Zul Fadzli

Sessi perbincangan di rumah pihak perempuan


Gambar selingan anak buah di luar rumah


Akram dengan paktam kesayangannye

Hantaran dari pihak perempunHnt

an dari pihak perempuan

Balasan dari pihak lelaki


Kek berbentuk Al-Quran

Kek Black Forest

selingan lagi hari kejadian - AINA namanya


Selesai semua terus balik ke Ipoh. Raya keenam jam 2 petang delima balik ke kuala lumpur, perjalanan balik hujan lebat ada juga kemalangan berlaku, selamat sampai ke Cheras jam 6.00 petang.

C u All