Thursday, November 26, 2015

TUAN ANAS MIKAEL - 104

RAMAI YANG MENGIKUTI CITER NI.

MLM TADI 2 JAM CITER NI KE UDARA DI ASTRO 104

XDER GANGGUAN 
TUKAR SANA DAN SINI

PKWE KU UDAH LENAAAAAA


TUNGGU EPISOD SETERUSNYER
SUKA TGK SI AYU MAISARAH WATAKNYER YANG GILA-GILA TUUUU!!!!!!


Monday, November 23, 2015

HEART SCREENING PERCUMA - KPJ DAMANSARA

21hb Disember, 2015
temankan pkwe ke KPJ Damansara wat phisiotherapy

sambil menunggu tu
ada program untuk blood test, heart presure secara percuma

terus ler jadi peserta kedua
dup-dap dup dap jugak ler
takut tgk jarum nak cucuk kat jari tu
rase mcam gigit semut 

ambik darah ckit -  check presure 
baru dapat kesan ada penyakit ker tidak




petugas menjalankan tugas mereka


berat pun kena timbang
baru ler balance kan....
baru ler kter dapat tau tahap kesihatan kiter

orang di luar sana ada tak wat HEART SCREENING

result untuk diri sendiri amat menggembirakan
alhamdullilah
jom sihat..

THALATHI - CITER TAMIL

MINGGU CITER TAMIL
siaran Astro 202
Hero kegemaran berlakon
SURIA -- Hero
Apabila dilahirkan - Suria telah dibungkus dengan kain kuning oleh ibunyer dan 
diletakan di sebuah kuil
seorang lelaki bernama DEJA telah menjumpainyer dan dibela seperti adik sendiri
SURIA amat patuh dengan DEJA yang amat digeruni di kampong

setiap kali ke kuil - SURIA berasa sedih apabila teringat ibunyer

naluri seorang ibu amat kuat sentiasa menangis semenjak mengenangkan anak 
yang telah di letak dikuil
suaminya amat berduka juga

bapanyer tau SURIA itu adalah anak mereka
dan berjumpa SURIA dan bercerita denganyer dan SURIA amat marah kenapa seorang Ibu sanggup buat begitu kepadanya.
atas sebab222 tertentu ibunyer berbuat begitu dan atas pujukan bapa SURIA (ia akur dan menangis)

selanjutnyer kena tengok yer........


Suria bergaduh dengan penjahat



desakan dari DEJA untuk kahwinkan SURIA



SURIA mengamuk 

Friday, November 20, 2015

KPJ Damansara 14/11/2015

setahun yang lalu 1/11/2014 setahun yang lalu - jumpa Dr Malik 
masalah kaki sakit (tumit) bila bangun dari tidor
Dr kata terlalu banyak berjalan


tp sakit datang lagi
x tahannyer
jadi 14/11/2015 
jumpa Dr lagi
haaaaa
3 injection di baginyer- bertabah 
menjerit juga ler ---




pesakit lain lom sampai - 
nombor satu dapat jumpa Doktor


ini tempat pembantunyer - Shima
dia xder ler berani snap gambar

sorry Shima

setakat harini kaki ku x sakit lagi
harap2222 cuti2222 nanti dapat bergerak dengan pantas

insyaalllah

Friday, November 13, 2015

Tahniah Dato CT telah hamil

dalam akhbar menyatakan 
Dato CT penyanyi kesayangan  ramai telah hamil 
 berita yang dinanti222



KUALA LUMPUR 12 Nov. – 

Usia kan­dungan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 36, kini sudah memasuki bulan kedua. Siti Nurhaliza Jika semuanya berjalan dengan baik dan rezeki menyebelahi, pe­nyanyi bergelar ‘si jantung hati Malaysia’ itu dijangka bersalin sekitar Jun atau Julai 2016. “Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu,” jelas sumber kepada Utusan Malaysia. Seluruh keluarga terdekat me­ngetahui akan berita kehamilan itu beberapa hari sebelum majlis akad nikah anak tiri Siti, Asyraf Khalid yang berlangsung pada 1 November lalu. Bercakap tentang pilihan Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa untuk tidak terlalu terbuka akan soal kehamilan ini, sumber berkenaan memberitahu ia adalah satu tindakan yang dibuat atas soal berkaitan sensitiviti.

 “Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil. “Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu. Tetapi dalam usia kan­dungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan. “Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini. Apabila sampai waktunya nanti, pada masa yang lebih sesuai, mereka akan tampil dan berkongsi berita baik itu dengan semua. “Apa yang penting, kita semua memberikan doa agar Siti Nurhaliza yang kita sayangi sentiasa sihat dan melahirkan bayi sulungnya dengan selamat pada tahun depan,” kata sumber yang terdiri daripada keluarga terdekat pasangan tersebut. 

Hasil siasatan Utusan Malaysia juga, Siti Nurhaliza tidak terbang ke Palembang, Indonesia bagi meraikan majlis resepsi pernikahan Asyraf dan isterinya, Tya Ariffin yang berlangsung di sebelah pihak perempuan, malam ini. 

Ia juga adalah atas nasihat doktor supaya penyanyi berkenaan tidak menaiki penerbangan dalam waktu awal kehamilannya. Spekulasi kehamilan Siti Nur­haliza tercetus pada malam pertama konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya pada 7 November lalu apabila penyanyi Hetty Koes Endang secara tiba-tiba melarang Siti untuk menari di pentas sambil menunjukkan ke arah perut pe­nyanyi berkenaan. 

 Selain itu juga, gurau senda ke­dua-dua penyanyi berkenaan di pentas juga merancakkan lagi spekulasi mengenai kehamilan tersebut. Bagaimanapun baik Siti mahupun Khalid mengambil pendirian untuk tidak mengesahkan hal berkenaan atas alasan tersendiri. - 




Thursday, November 12, 2015

TANAH RUNTUH KL-KARAK

BERITA JAM 8 MALAM TADI DIKEJUTKAN
DENGAN TANAH RUNTUH
LEBUHRAYA KL-KARAK


JADI BERHATI-HATI MEMANDU 

KUANTAN: 

Kerja pembersihan di kawasan tanah runtuh di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak selesai jam 3.20 pagi tadi.

Pemegang konsesi lebuh raya itu, Anih Berhad dalam kenyataannya bagaimanapun memaklumkan, laluan kedua-dua hala masih ditutup kepada semua kenderaan sehingga dimaklumkan kelak atas faktor keselamatan.

Kenyataan itu menambah setakat ini, hanya kenderaan yang terkandas antara Selesa Hillhomes dan Plaza Tol Bentong yang dibenarkan melalui lebuh raya itu.
Sementara itu, Ketua Polis Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Noor pagi ini mengesahkan jalan lama Gombak-Bentong juga tidak boleh dilalui kerana terdapat tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa lokasi.
"Pengguna jalan raya yang berhajat dari Gombak ke Bentong dinasihatkan berpatah balik dan tidak melalui jalan ini.

"Kerja pembersihan kini giat dijalankan dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Kejadian tanah runtuh berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada jam 6.30 petang semalam menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Hanya tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan. - BERNAMA 

Monday, November 9, 2015

Nasi Arab Mandhy -

selalunyer nk makan NASI ARAB ke restoran Nasi Arab
tp skrg bertambah mudah udah ada di jual dalm kotak berserta pes nyer sekali
kami dapat satu kotak seorang Basmathi berserta pes nyer
dari salah satu anak syarikat BERNAS iaitu ERA BAYAM KOTA SDN BHD
beroperasi di Kelantan
ada 
 nasi arab Mandhy
nasi arab kabsah
nasi arab maqlubah
 boleh di masak dengan ayam atau kambing
terpulang kesukaan 


8 November 2015
itu lah hasil nya
nasi arab instant ni


separuh ayam telah diperap dimasukan dalam nasi
separuh digoreng - sendiri rekacipta

yang merah tu sambal arab
sayurnyer - salatah adi/acar jelatah


nasi pucat  sebab tidak dipercik dgn pewarna

tapi rasa x lari - memang sedappppppppppppp
puji ler sendiri yang bikin.......


Membaling di OLE-OLE Shah Alam

7 November, 2015 (Sabtu)
ada jemputan main bowling dari Import and Shipping Department BERNAS
suka tidak terkira ler - jemputan special bersama pkwe ku.....

walaupun jauh tempatnye di Shah Alam
ke redah jua
jam 8 pagi udah bertolak - penaja game bowling udah tunggu kat Batu 3, Shah Alam.


ada 10 lane mereka booking termasuk 1 lane untuk kanak222


sebahagian peserta yang join


ini Erin dalam kumpulan yang sama
cool orangnyer
1 lane 3 orang


doorgift yang kami dapat


tu dia -  kami jadi juara kumpulan
dan diri saya sendiri top score wanita - yeaaahhhh



bergambar bersama peserta lain dan yang sponsor game ni 
Encik Zawawi yang berkaca mata
Terima kasih banyak222 - akan datang jemput lagi yer.....

sedih kasut bowling udah lekang dan beg bowling roda udah x berapa berfungsi..
Disember nanti ada tournamet lagi....
harap222 pkwe dapat membantu.....

Friday, November 6, 2015

attend wedding Anak En Zawawi di dewan MAEPS, Bangi

memang grand sungguh 
concept nyer
warna dan segala222 nyer memikat hati kami

acara d sebelah malam 31 Oktober, 2015 (Sabtu)
bermula jam 9.00 malam


Selamat Pengantin Baru Khairul dan Ayu



Makan Beradap
Ber2 jer sekarang


 2000 jemputan


Berbaju melayu tu tuan rumah dengan
kawan222 sepejabat yang sempat berposing
kami dapat layanan meja VVIP
semua makanan disenduk oleh peramusaji



disudut kiri ada disediakan 
lagu yang didendangkan memang best

Thursday, November 5, 2015

rupanya pelakon popular ni berada di Malaysia

Rajinikanth terus jadi tumpuan peminat


KEHADIRAN superstar India, Rajinikanth di Malaysia untuk membuat penggambaran bagi filem terbarunya, 'Kabali’, menarik perhatian dan menjadi topik perbualan para peminatnya sejak beberapa hari lepas.

Lebih dikenali sebagai ‘Thalaiva’ (pemimpin) dalam kalangan peminatnya, bintang filem itu sentiasa dikelilingi peminatnya ke mana sahaja beliau pergi dan seseorang yang dapat bergambar dengan pelakon veteran ini, mengganggap dirinya sangat bertuah.

Superstar yang akan genap berusia 65 tahun bulan depan ini terkenal dengan keramahannya dan sikapnya tidak keberatan untuk berjabat tangan dan bergaya untuk selfie dengan sesiapa sahaja.

Peminat tegar ikon filem India ini, Ekhnath Vivekanandar, 23, berkata beliausanggup pergi ke hotel tempat pelakon itu menginap di sini bagi memenuhi impiannya untuk bertemu dengannya.

"Saya meminatinya sejak saya kecil lagi dan apabila mendapat tahu Thalaiva saya berada di sini, saya berjanji dengan diri sendiri untuk tidak melepaskan peluang bertemu dengannya," kata pemuda itu.

Pada mulanya, Ekhnath hampir berputus asa untuk berbuat demikian berikutan kehadiran banyak peminat pelakon itu di hotel berkenaan, namun beliau tetap tabahkan hati.

"Kemudian, saya ikut keretanya ke lokasi penggambaran dan menunggu berjam-jam dengan harapan dapat bertemu dengannya," kata peminat itu.

Kesabarannya membuahklan hasil apabila selepas semua peminat lain beredar, Rajinikanth hadir di hadapannya dan mereka berbual serta bergambar bersama.

Abiraami Menon, 23, pula berkata dia berpeluang bergambar dengan superstar itu dan menyiarkannya di media sosial kerana begitu terharu dengan sikap merendah diri serta kemesraan semula jadi yang ditampilkan pelakon berkenaan dengan para peminatnya.

Menurut pelajar perempuan ini, dia adalah antara peminat yang berkumpul di satu lokasi penggambaran di sini dan hampir menangis kerana kecewa tidak dapat bertemu pelakon pujaannya itu.

Bagaimanapun, kata Abiraami, seperti suatu keajaiban, Rajinikanth dapat mengesan kekecewaannya dan ketika beredar dengan kereta dari tempat itu, pelakon berkenaan meminta pemandunya berhenti dan memanggilnya.

"Rajinikanth pegang tangan saya dan meminta saya supaya jangan menangis," katanya sambil menambah bahawa beliau terkejut dengan sikap sayang pelakon itu kepada peminatnya.

Menurut laporan, Rajinikanth akan berada di Malaysia hingga 21 Nov ini bagi menyempurkan penggambaran filem itu, yang bermula di Melaka sebelum beralih ke Kuala Lumpur. - Be
rnama

Lakonanya memang terbaik

Wednesday, November 4, 2015

xtvt weekend


pagi ahad berada di pusat Boling Berjaya Times Square
nak cuba jari2222 ni membaling
lama gilos x membaling
kerana kami akan ada perlawanan nanti
jadinyer mestilah nak test222 jari ni.
angkat bola pun terasa beratnyer.

terkejut juga 
bayaran untuk satu game RM9.00 tanpa kasut dan stokin
mahal gilos dengan gst nyer lagi





pkwe pun cuba juga test222 jari
masa ni memang xder orang lagi
jadinyer rasa tenang membaling ....