Tuesday, January 13, 2009

DUA RIBU SEMBILAN






Tengok result semasa latihan- pemain handalan yang akan berentap 17/1/09


Pemain handalan - tudung biru digeruni

Sessi Latihan - kami berdua boleh baling je

Belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009.

1 Januari 2009, delima dan rakan-rakan lain telah menghadiri Pembuka Tirai GP Joran 2009 di Tasik Titiwangsa. Awal jam 7 pagi telah bermula acara di sana. Keliling tasik telah dipenuhi oleh pemancing-pemancing - dengar ceritanya dari jam 4 pagi peserta2 ni telah mencari lokasi yang sesuai untuk memancing.

3 Januari 2009 ke jemputan kenduri kahwin sepupu di Batu Caves, masa tu le jumpa sanak saudara yang lama tidak berjumpa - memang menyeronokan. On the way balik dari jemputan kahwin singgah d Pin Junction, saje2 pegi membaling ngan pakwe - telahan pulak Syarikat kami akan membuat tournament Boling dengan SapuraCrest pada 17 Januari, 2009. Delima pergi latihan sendiri bersama pakwe - sesuka saje. Balingan tidak le sehebat Shalin Zulkifli - tapi nama dalam senarai pemain. Apabila hari perlawanan nanti tidakle gementar sangat walaupun tidak bagus.

10 Januari 2009 ada jemputan kahwin sebelah pihak lelaki, delima dan pakwe menghadirkan diri sebagai rombongan pengantin pihak perempuan. Banyak-banyak kenduri yang delima hadiri, kenduri inilah yang paling grand sekali - Tema Dalam Taman dipenuhi bunga22 yang cantik beranika warna dihiasi lampu-lampu cinderelela - memang cantik dan menarik. Gaun pengantin yang dipakai pengantin sungguh cantik dan anggun. Terpegun seketika. Bila nak snap gambar, bateri kamera udah penuh - kecewa sangat. Hanya bergambar dengan kamera sanak saudara, tak tahu le bila nak dapatnya.

Hari-hari yang berlalu sekarang sibuk dengan latihan Boling bersama kawan-kawan - Balingan delima tidak konsisten langsung - Masuk longkang sesaja.
Gambar di atas semasa latihan boling bersama kengkawan
d Pin Junction........


C u All