Monday, July 31, 2017

mini giveaway: DUIT RAYA

sticky post
new entry pls scroll down

Jom u olll cari duit raya = join giveaway di bawah:


clik banner untuk lebih kepastian.
  1. Buat satu post yang bertajuk "Mini Giveaway : Duit Raya"
  2. Copy banner kat atas tu & jangan lupa backlink ok
  3. Dah siap,submit link dalam post ini sahaja.
  4. Eh belum selesai lagi haha, 👇👇


❤ Follow blog ini & ini
❤ Follow Google+
❤ Follow instagram

Friday, July 28, 2017

JUMLAH DIVIDEN YANG BELUM DITUNTUT

viral dengan WTD sekarang ni..
terkena juga  pada diri sendiri bila dapat surat dari Bank Rakyat - penyata akaun modal Syer berakhir 31/12/2016.    Ingatkan bila dividen tidak diambil otomatik masuk akaun.   hahahahahahaha


NOTA:-

Sekiranya terdapat JUMLAH DIVIDEN YANG BELUM DITUNTUT, sila hadir ke cawangan Bank Rakyat yang berhampiran untuk urusan pembayaran.  Dividen yang tidak dituntut selepas (1) tahun akan diistiharkan untuk dimasukkan ke dalam Akaun Wang Tidak Dituntut di Bank Rakyat bagi tempoh (1) tahun sebelum diserahkan ke Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut.  Jabatan Akauntan Negara pada tahun berikutnya.


jom ambik dividen

Bismillahirahmanirohim


YA ALLAH, MULIAKANLAH SAHABAT-SAHABAT KAMI YANG BAIK HATI YANG MENGERTI.  DAN YANG SELALU MEMAHAMI, BAHAGIAKAN HIDUPNYA.  BERILAH JAMINAN SYURGA UNTUK MEREKA.    AAMIIN.

Tuesday, July 25, 2017

Renungan Buat Kita Semua

Dosa Jangan di +
Amal Jangan di -
Cinta Jangan di Bahagi
Hidup Hanya Sekali

Gugur Bunga Kerana Layu
Gugur Iman Kerana Nafsu
Gugur Cinta Kerana Cemburu

Tertawa Kerana Bahagia
Menangis Kerana Derita
Bertobat Kerana Dosa
Beribadah kerana Iman

Hidup Tanpa Cinta Pasti Hampa
Hidup Gila Kerana Harta Pasti Celaka
Hidup Penuh Dosa Akan Binasa
Hidup Bersyukur Akan Bahagia

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang

HARAPAN

KEIKHLASAN
KEJUJURAN


Peliharalah ketiganya

Ada 3 Hal Yang Paling Bahagia

Kasih Sayang
Cinta
Kebaikan

Pupuklah itu Semua

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti

Kekayaan
Kejayaan
Mimpi

Jangan Terobsesi kerananya

Ada 3 hal yang dapat membentuk watak seseorang

Komitment
Ketulusan
Kerja Keras

Upayakanlah sekuatnya

Friday, July 21, 2017

jumaat terakhir syawal

assalamualaikum

sempena jumaat terakhir syawal tahun ini

Didoakan semoga semua ahli group:-

dipanjangkan umur
diluaskan rezeki
diberkatkan segala rezeki
ditetapkan keimanan
dikurniakan fikiran baik
kesihatan yang sihat
berjaya di dunia & akhirat
sentiasa mendapat rahmat darinya.

semoga semangat silaturahim sesama kita akan berkekalan selamanya.

jamuan raya di opis petang jumaat 21/7/17

hasil nukilan dari Kelab BERNAS Malaysia 
cawangan Wilayah

tahniah!!!!!!!!!!!!!!!!

gambar makanan udah biasa

ini lg antik





attend wedding 15 July 2017

walaupun udah balik hariraya ke kampong
demi kawan satu pejabat

wedding kawan satu opis lepas raya
16 Julai 2017 di Lengkok Tamn=bun Permai 3, Batu 4, Kg Tersusun, Tambun - Perak



selamat pengantin baru Liyana dan Taufiq 




ibu dan ayah pengantin
buzy menyambut tetamu

terima menantu pertama
pasti ramai dan meriah


ada kuayteow goreng lagiiiiiiii


Penghulu Segala Hari

Bismillah
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud 'Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, ALLAH swt  berselawat ke atasnya sepuluh kali" - hadith riwayat Muslim.

Friday, July 14, 2017

SEGMEN BLOGWALKING RAYA 2017 MIALIANA .COM

mari meriahkan segmen blogwalking mialiana.com


clik banner untuk join


pertama - tajuk jangan tinggal
kedua - masukan banner
ketiga - Back Link
keempat - tinggalkan entry

jom222222.......
kter beraya di blog...........

Jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

teruja  bila dapat jemputan ni

  - esok di TTDI dari SK Siti Khadijah



lagi teruja dari Alliance Bank
kat One World Hotel -  18 July 2017
jom kter p beraya...


Wednesday, July 12, 2017

BETUI KER?


jika kita terlalu jujur, kite ditipu.  
Jika kita terlalu baik, kita dipermainkan.  
Rupanya kita perlu ada sikit kekejaman untuk hidup.

rasa ada terkena pada diri sendiri juga ni......

bertabah jer lah.......
menghadapi liku222 kehidupan

anda bagaimana???????????????

Tuesday, July 11, 2017

berkeping2222 seringgit biru DUIT RAYA

TERIMA KASIH DAUN KELADI NANTI BAGI LAGI

SEBAHAGIAN DARI DUIT RAYA TAHUN INI
BERKEPING222 DUIT SERINGGIT BIRU 
DALAM PAKET ANGPAU

DAPAT DARI ANAK BUAH TERSAYANG BAGI

TERIMA KASIH UMIE 




Friday, July 7, 2017

innalillahiwainailahirojiun

ASSALAMUALAIKUM

petang smlam dapat berita kawan karib telah kembali ke rahmatullah di Hospital Sg Buloh semasa menjalani terapi dialisis. 

Terima panggilan dari Abangnya - agak terkejut tapi semua ketentuan Yang Maha Esa.

sebenarnya agak lama tidak berjumpa dan bertanya kabar

Selesai urusan .  Jenazah telah dibawa dari Hospital Sg Buloh ke Masjid Saidina Hamzah Batu Muda untuk di solatkan dan dibawa ke tanah perkuburan Islam KL-Karak, Batu Muda.



Van Jenazah sedia menunggu


kami dan orang terdekat menghadiri urusan pengkebumian


ada wakaf yang cantik disediakan
kawasanya agak luas 


ini adalah batu tanda telah siap


keadaan mendamaikan
walaupun tepi highway


ya allah ya tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada hali keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

diharap keluarganya tabah menghadapinya.


Thursday, July 6, 2017

RAYA MELAKA - KAMPONG ENCIK SUAMI

Tiap-tiap tahun memang raya di kampong suami - siap masak segala bagai
selepas solat aidil fitri  bertolak ke Melaka
Tapi tahun ini lain sikitnyer kerna beraya dirumah adiknya -  di bukit katil - Lintang Melaka disebabkan emak berada di sana 
 Kami semua berkumpul di situ ler.
Selesai menjamu selera bersalam dan segalanya - hampir jam 5 petang kami memohon pulang tapi bukan pulang ke Kuala Lumpur.

Kami check-in di sini - Mahkota Hotel, Melaka
bukan berbangga diri tapi disebabkan famili adiknya agak besar, kami ambik keputusan menginap di sini ler.


semasa check-in agak ramai yang menginap di sini

ada 2 swimming pool
ramai yang udah turun bermandi-manda

kami dapat apartment yang jauh
nasib baik boleh bawak kereta ke blok tu
klu tidak jenuh mengheret beg


apartment - agak besar
untuk keluarga besar memang elok



bilik pun besar


ada dapor bagai - agak selesa

hari Kedua  - beraya di Tangkak
dan petang sebelum balik ke Kuala Lumpur jumpa MIL dahulu
dan sambung raya ke rumah kawan di Ayer Molek
ada bbq kambing pulak

jam 11 malam balik ke Kuala Lumpur - kereta memenuhi jalan dan agak slow perjalanan
jadinya cepat mengantuk ler kan
 every R&R singgah tidor sekejap baru jalan
kesudahanya sampai KL jam 4 pagi.

terus bersahur - untuk menunaikan puasa sunat syawal


Tuesday, July 4, 2017

dapat DUIT RAYA -- tqvm Emas Putih


Pemenang Giveaway CASH RM1000+ May 2017 by Emas Putih


Salam.

  1. http://www.ciksepet.com/2017/06/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas-putih.html
  2. http://www.helloaiman.com/2017/06/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas.html
  3. http://kehidupanseorangbujang.blogspot.com/2017/06/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas.htm
  4. http://nakahime.blogspot.com/2017/05/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas.html
  5. http://ayubarbydol.blogspot.my/2017/05/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas.html
  6. http://sayazarulfarhana.blogspot.my/2017/05/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas.html
  7. http://makbapakkauhijau.blogspot.my/2017/05/giveaway-cash-rm1000-may-2017-by-emas.html
  8. //fws00blog.blogspot.my/2017/05/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas.html
  9. http://www.syuhadasalleh.my/2017/05/giveaway-cash-rm1000-may-2017-by-emas.html
  10. http://www.cekgunorazimah.com/2017/05/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas.html
  11. https://ariazir.blogspot.my/2017/05/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas.html
  12. http://www.lokmanamirul.com/2017/05/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas-putih.html
  13. http://jombercontest.blogspot.my/2017/05/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas.html
  14. http://www.kisahsidairy.com/2017/05/giveaway-cash-rm1000-may-2017-by-emas.html 
  15. http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/05/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas.html
  16. http://chanchueshahida.blogspot.my/2017/05/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas.html
  17. https://intansaffyna.blogspot.my/2017/05/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas.html
  18. http://www.aerillhassan.com/2017/05/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas.html
  19. http://www.leaazleeya.com/2017/05/giveaway-cash-rm1000-mei-2017-by-emas.html
  20. http//hanimsain-delimasari.blogspot.com/2017/05/giveaway/cash-rm1000-mei-2017-by-emas.html

Tahniah kepada yang berjaya.

Terima kasih Emas Putih dan juga Penaja.