Friday, June 22, 2018

Hari ke Lima Puasa Sunat Syawal

Assalamualaikum

Agak buzy cikit menyiapkan persiapan Mesyuarat  Kelab Bernas Malaysia  program di Pulau Pinang pada 29/6/18 
salah seorang AJK  ler katakan  - 

walau apa pun Puasa Sunat Syawal diteruskan juga hari ini masuk hari Ke Lima  - insyaalllah hari Senin sambung ler - sebab nyer Sabtu dan Ahad terlalu banyak urusan.

Selamat Berpuasa Sunat Syawal semua  - jumpa lagi


Tuesday, June 19, 2018

4 Syawal Mula Bekerja

Assalamualaikum

Hari Isnin udah mula kerja 4 Syawal
kat opis pun sunyi sepi  - 
ada juga nampaknyer kuih222 raya
tapi x dpt le makan 
sebab udah mula berpuasa sunat syawal

Tahun ni tak ambik cuti raya hanya balik kampong pkwe ku ajer di Melaka
itupun selesai solat Jumaat baru bertolak ke Melaka. Walaupun petang raya - jalanraya masih sesak juga - ramai yang bercuti panjang.

Petang tu  berkumpul di rumah adik ipar dan abangnyer sekali
lagipun baru kehilangan Ibu Mertua yang telah menemui penciptanya pada 5 Jun bersama 20 Ramadhan baru-baru ini.  Al-fatihah

Cuma hari Sabtu kami pergi ke rumah Makcik sebelah pkwe ku ajer.

Hari Ahad pagi pergi menziarahi kubur Ibu Mertua ku di Kampong Batu Gajah, Merlimau - Melaka.

tahun ni langsung tidak bergambar..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Tuesday, June 12, 2018

Tahun Ke 4 mengerjakan Umrah di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum 
petang ni dpt gambar kakak ku dari Mekah Allmukarammah 

- semasa mereka sedang berbuka




dekat dataran




sonok mereka.



terima kasih nyah, hilang rindu

semoga nyah dan kawan2222 sehat dan dapat mengerjakan ibadah umrah dengan baik dan mendapat Umrah yang Mabrur

Monday, June 11, 2018

Kembali Bertugas

Assalamualaikum
Empunya blog kembali bertugas setelah bercuti dari 5hb hingga 8hb Jun 2018
Cuti Emergency dan Cuti Ehsan.  Ibu Mertuaku masuk hospital pada 3hb Jun kerana kurang sihat dalam pada itu dia ada penyakit kecing manis dan penyakit sampingan yang lain. Dari wad biasa ke wad ICU.

Itulah Allah lebih menyayanginya, kiter hanya merancang tuhan yang menentukan.

Ibu Mertuaku telah menemui Penciptanya pada 5hb Jun di Hospital Putra Specialist Melaka bersamaan 20 Ramadhan -  

Bersama Suami sempat membaca surah Yasin di sisinya di wad ICU.  Pertama kali menghadapi saat-saat sebegini.

Urusan Pengkebumian selesai jam 11.30 malam - dihari yang sama diuruskan jenazahnya.  Bacaan talkin semua disempurnakan oleh cucunya sebagai Imam Kedua bersama pelajar22 tahfiz Madrassah Arrbaniah Merlimau, Melaka


Harap Suamiku tabah menghadapi nya



Budak222 Tahfiz 



Cucu kembar dari Johor yang menyambut jenazah ke dalam liang lahad

terima kasih kepada yang membantu pada malam tersebut.

Ya allah masukkanlah Ibu Mertuaku ke dalam syurga tanpa hisab - Aameen.

Al-fatihah