Monday, June 11, 2018

Kembali Bertugas

Assalamualaikum
Empunya blog kembali bertugas setelah bercuti dari 5hb hingga 8hb Jun 2018
Cuti Emergency dan Cuti Ehsan.  Ibu Mertuaku masuk hospital pada 3hb Jun kerana kurang sihat dalam pada itu dia ada penyakit kecing manis dan penyakit sampingan yang lain. Dari wad biasa ke wad ICU.

Itulah Allah lebih menyayanginya, kiter hanya merancang tuhan yang menentukan.

Ibu Mertuaku telah menemui Penciptanya pada 5hb Jun di Hospital Putra Specialist Melaka bersamaan 20 Ramadhan -  

Bersama Suami sempat membaca surah Yasin di sisinya di wad ICU.  Pertama kali menghadapi saat-saat sebegini.

Urusan Pengkebumian selesai jam 11.30 malam - dihari yang sama diuruskan jenazahnya.  Bacaan talkin semua disempurnakan oleh cucunya sebagai Imam Kedua bersama pelajar22 tahfiz Madrassah Arrbaniah Merlimau, Melaka


Harap Suamiku tabah menghadapi nya



Budak222 Tahfiz 



Cucu kembar dari Johor yang menyambut jenazah ke dalam liang lahad

terima kasih kepada yang membantu pada malam tersebut.

Ya allah masukkanlah Ibu Mertuaku ke dalam syurga tanpa hisab - Aameen.

Al-fatihah


3 comments:

Amanda Suria said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun...salam takziah..

Warisan Petani said...

Al-Fatihah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat

Delimasari said...

terima kasih - insyaalllah - aamiin