Thursday, July 9, 2009

Patah Kaki Dan Tangan

Selepas balik bercuti dari Lumut - 2/7/09 Masalah tetiba terjadi
Bila start kete hidup tp bla tekan brek injin akan mati -berlaku d waktu pagi - tp bla udah berjalan di jalanraya ok tp tiba di traffic light nak berenti terus mati wehhh - tension gilos.

Ke Proton Edar - ganti troffle body tp esok pg berlaku lg.
Harap2 settle semua, tp indah khabar dari rupa.

Hari minggu 5/7/09 pagi terjadi lg -terpaksa call 24hrs mekanik proton - bila mekanik tu start kete terus ok dan tak mati enjinnya bila berhenti di traffic light. Mekanik tu pun pening - mgkin masa diaorg kursus tu xjumpa masalah yg terjadi ni.

Pagi 6/7/09 pagi berlaku lagi enjin akan mati bla tekan brek tp pakwe ku beranikan diri bawak g ofis. Reputasi kerja kena jaga juga sebelum tu cuti pasal kete ni.

Petang nak balik berlaku lg - dan terus ke proton dan kete kena masuk ward. adeii - terpaksa mohon kerjasama petugas proton hantar kami balik ke rumah. adeiiiii.

Sekarang ni udah 3 hari menumpang kawan pegi ke ofis.
Mekanik udah jumpa masalahnye tp nak selesaikan buntu. xcukup ilmu yg mereka pelajari lg agaknye. (sangkaan buruk plak)

Banyak urusan tergendala - klu kete tu lama masuk ward nampaknya pakwe ku kena servis motor plak, motor buruk tu udah lama tido kat umah tu. tension juga hari2 tumpang kawan ni

- banyak lg RM akan kuor ni.....
adeeiii seluruh badan rase patah di watnye.
sape tau ape masalah kete ku ini.

Thursday, June 18, 2009

Tahukah Anda??? Hasil

Mulai Tahun Taksiran 2009, pendapatan bonus
atau Yuran Pengarah akan dikira sebagai
sebahagian daripada pendapatan pada
tahun ianya diterima oleh pekerja dan dikenakan
cukai dalam tahun tersebut.

(Contoh: Bonus tahun 2008
diterima pada tahun 2009
akan dikira sebagai pendapatan tahun 2009).

Monday, June 15, 2009

GAJI - MAY 2009

hari ni boleh bernafas lega kerana daku telah mendapat cek untuk bayaran gaji bulan mei 2009.

bayangkan 15/6/09 baru semuanye settle atas sebab2 kesilapan
manusia. Daku akur -

masalahnye berpunca bila daku bertukar bekerja di Anak Syarikat Company tempat daku bertugas kerana mengikut BOSS.

rupanya banyak masalah bila nama kte udah tercicir dari kakitangan yang lain yg udah menikmati gaji seperti biasa.

Masalah yang timbul

- Tempat Baru xnak bayar gaji daku - daku bukan special bg mereka.
- Tempat Lama terpaksa wat memo hantar kewangan - BOSS sorang tu
xberani sign....
- Boss wanita - baik - sign dan hantar kewangan
- Boss Kewangan g outstation - tergendala lg

Hari ini - Daku mengadap ke kewangan - dapat Cek
ingatkan di org masukan terus ke akaun tp tidak
huhuhuhuh tunggu clear le - selama 3 hari..........