Wednesday, July 7, 2010

wanita besi

suratkhabar hari ni -
Seorang wanita yang pernah ditahan kerana melarikan kereta pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Mei lalu, ditahan sekali lagi malam kelmarin kerana mengulangi kesalahan sama, kali ini membabitkan kereta (JPM)
Kejadian kali ini lebih serius apabila wanita berusia 26 tahun itu turut merempuh kenderaan polis yang mengadakan dua sekatan jalanraya di Masjid Tanah dan Kuala Sungai Baru di Melaka sebelum terbabas di Batu 11, Jalan Pantai di sini pada jam 9.45 malam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Baljet Singh berkata polis menerima laporan daripada seorang kakitangan JPM mengenai kehilangan kereta jabatan itu di Batu Berendam, Melaka kira-kira 8.30 malam kelmarin.
Beliau berkata polis kemudian mengadakan beberapa sekatan jalanraya di Melaka.
Suspek dipercayai memandu kereta terbabit menghala kearah Port Dickson dan didapati merempuh sekatan jalanraya pertama di Masjid Tanah pada jam 8.45 malam.
Enam kenderaan polis termasuk tiga yang remuk akibat rempuhan itu mengejar suspek dan sekali lagi dia merempuh sekatan jalanraya di Kuala Sungai Baru.
Polis mengejar suspek selama kira-kira satu jam sebelum kereta do[andunya terbabas dan melanggar pokok kelapa sawit di Jalan Pantai disini, katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam kelmarin.
Beliau berkata berikutan kemalangan itu, suspek yang berasal dari Kampung Batu, Gadek, Alor Gajah, Melaka cedera di kepala dan dirawat di Hospital Port Dickson sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.
Katanya, siasatan mendapati wanita terbabit masi didalam jaminan polis selepas ditahan Mei lalu kerana melarikan kereta milik seorang pegawai JAIM di Melaka pada 15 Mei lalu.
Memang hebat wanita ini === akhirnya tertangkap jua...
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

4 comments:

Unknown said...

tulah buat jaat jgn sekali....

Dee said...

sib baik x kena tembak..huhuhu..

Delimasari said...

jgn kte wat erkkkk.....

Delimasari said...

takut erkkkkkk