Wednesday, November 3, 2010

Penyanyi Tersohor

Mesti semua kenal Penyanyi Tersohor kte yang tak asing
itu lah dia Aura Kak Pah, Ahmad Jais sukar dilawan
'Malam Juitaku Sayang'
Kumpul Dana untuk anak-anak Tahfiz sebelum Biduanita Negara ke Tanah Suci...
Tiga Hari sebelum menjejakkan kaki ke sana, Datuk Sharifah Aini yang sinonim dengan gelaran Kak Pah sempat melunaskan janji kepada peminat.
Kak Pah tampil menghiburkan mereka dalam sebuah persembahan bergelar
'MALAM JUITAKU SAYANG' di Pacific Ball room, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Kak Pah berkata persembahan yang dibawakan oleh syarikatnya, Seri Dewi Production dan Lime Event Management itu bertujuan mengumpul dana untuk disalurkan kepada Madrasah Tahfiz Baitul Mahabbah dan Darul Uloom Islamiah.
Persembahan malam itu bukanlah hiburan semata-mata tapi ada tanggungjawab yang dibawa bersama iaitu kita berhibur sambil beramal. Sebahagian wang akan disalurkan kepada madrasah terbabit untuk membiayai pengajian seramai 40 anak-anak di situ.

daaaa...

5 comments:

POSH76 said...

Kak pah mmg evergreen hehe

Delimasari said...

suaranye yg lemak merdu!!!!!

ALoNa Cintamaniszlite said...

Memang minat Datuk Ahmad Jaisss....besh..semoga pjg usia beliau dan sihat2 selalu.

Delimasari said...

yeszzz cintamanis
lagu Ahmad Jais bak kata pepatah tidak lapuk dihujan

kak norli said...

Salam..Delima..betul tu..suara mereka berdua tiada tandingan..Semua lagu yg mereka dendangkan pasti mengasyikkan..moga Kak Pah selamat menunaikan Haji amin...