Thursday, December 9, 2010

Buah turunkan Berat Badan

Buah boleh turunkan berat badan dengan khasiat buah yang mengandungi
serat tinggi, air dan nutrisi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan
buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian..........
Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.
tip222 di bawah .....
Oren

Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi.
Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air
dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan
seseorang menikmati karbohidrat.



Epal
Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum
menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat
badan sebanyak 33 peratus berbanding yang tidak mengamalkannya.



Beri
Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya
dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisma tubuh.


Tembikai
Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan
signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor
di dalam perut terangsang.



Jom kte amalkan!!!!!!!!!!
daaaa...............

2 comments: