Monday, July 30, 2012

dimanakah silapnya - hatiku amat tersentuh

terkejut baca berita pg ni  --- Eksekutif TV9 ditemui mati sebelum berbuka puasa

Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik d rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai di sini kelmarin.

Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita Harian setesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31 ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang.



tinggal kenangan ... Syaleza bersama anak lelakinya yang berusia dua tahun -

Difahamkan suami mangsa, Norazman Bashah, 30an hanya memberitahu mengenai kematian isterina kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.

Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah.
Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.  Bagaimanapun selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut...

semoga Allahyarmah ditempatkan dengan org222 yang soleh

2 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

Hmm...wlpn sudah sampai ajalnya tp cara kematiannya tu menyayat hati lah..sian anak dia masih kecik.

**delimasari:- jika benar berminat ngan pemanggang ajaib tu...leh ler gi ke stokis @ kedai Sykt Menang Glassware...harga dia RM129.00 sebijik. Sebenarnya mcm2 jenama ada kat pasaran..HappyCall, Vantage, Are-Ikan dan lain2.

Delimasari said...

mmg cintamanisz - kesian kat keluarga tu --- ooo kat syt Menang ada pemanggang tu...akan d terjah - x sabar nk panggang ikan - mudah dan pantas nmpknya..