Hadiah Hari Jadi Dato' Siti Nurhaliza Disalur Kepada Mangsa Banjir
Tarikh:
12 Januari 2015
Hadiah sempena hari jadi Dato' Siti Nurhaliza yang bernilai RM310 Ribu akan disalurkan terus kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa buah negeri di negara ini.
Hal itu diumumkan sendiri oleh suami Siti, Datuk K di majlis sambutan hari jadi Siti ke-36 yang berlangsung malam tadi.
Jumlah terkumpul itu telah disumbangkan oleh orang perseorangan dan badan bukan kerajaan. Malahan, Yayasan Nurjiwa yang dinaungi oleh Siti dan suami turut menyumbang sebanyak RM50,000 untuk tujuan itu.
"Alhamdulillah dan syukur kerana beberapa indivisu telah sudi tampil memberi hadiah kepada saya untuk disumbangkan dan dengan jumlah ini diharapkan dapat meringankan beban mangsa banjir.
"Majlis pada malam ini bukan sahaja mengenai saya tetapi semua orang sekeliling yang sentiasa menyokong saya dan melihat mereka berada di sini cukup mengembirakan saya," ujar Siti.
Dalam pada itu, majlis sambutan hari jadi penyanyi ini disambut meriah dengan kehadiran teman artis seperti Saida, Fara Fauzana, Izara Aishah, Ummi Nazeera, Sharifah Shahira dan Tegar. Manakala Indah, Faizal Tahir, Awi Rafael dan Azhael turut mengadakan persembahan istimewa untuk Siti.
Pelawak dan pelakon Zizan Razak bertindak sebagai pengacara majlis.
copy-paste dari Sinar Harian
No comments:
Post a Comment