Thursday, November 5, 2015

rupanya pelakon popular ni berada di Malaysia

Rajinikanth terus jadi tumpuan peminat


KEHADIRAN superstar India, Rajinikanth di Malaysia untuk membuat penggambaran bagi filem terbarunya, 'Kabali’, menarik perhatian dan menjadi topik perbualan para peminatnya sejak beberapa hari lepas.

Lebih dikenali sebagai ‘Thalaiva’ (pemimpin) dalam kalangan peminatnya, bintang filem itu sentiasa dikelilingi peminatnya ke mana sahaja beliau pergi dan seseorang yang dapat bergambar dengan pelakon veteran ini, mengganggap dirinya sangat bertuah.

Superstar yang akan genap berusia 65 tahun bulan depan ini terkenal dengan keramahannya dan sikapnya tidak keberatan untuk berjabat tangan dan bergaya untuk selfie dengan sesiapa sahaja.

Peminat tegar ikon filem India ini, Ekhnath Vivekanandar, 23, berkata beliausanggup pergi ke hotel tempat pelakon itu menginap di sini bagi memenuhi impiannya untuk bertemu dengannya.

"Saya meminatinya sejak saya kecil lagi dan apabila mendapat tahu Thalaiva saya berada di sini, saya berjanji dengan diri sendiri untuk tidak melepaskan peluang bertemu dengannya," kata pemuda itu.

Pada mulanya, Ekhnath hampir berputus asa untuk berbuat demikian berikutan kehadiran banyak peminat pelakon itu di hotel berkenaan, namun beliau tetap tabahkan hati.

"Kemudian, saya ikut keretanya ke lokasi penggambaran dan menunggu berjam-jam dengan harapan dapat bertemu dengannya," kata peminat itu.

Kesabarannya membuahklan hasil apabila selepas semua peminat lain beredar, Rajinikanth hadir di hadapannya dan mereka berbual serta bergambar bersama.

Abiraami Menon, 23, pula berkata dia berpeluang bergambar dengan superstar itu dan menyiarkannya di media sosial kerana begitu terharu dengan sikap merendah diri serta kemesraan semula jadi yang ditampilkan pelakon berkenaan dengan para peminatnya.

Menurut pelajar perempuan ini, dia adalah antara peminat yang berkumpul di satu lokasi penggambaran di sini dan hampir menangis kerana kecewa tidak dapat bertemu pelakon pujaannya itu.

Bagaimanapun, kata Abiraami, seperti suatu keajaiban, Rajinikanth dapat mengesan kekecewaannya dan ketika beredar dengan kereta dari tempat itu, pelakon berkenaan meminta pemandunya berhenti dan memanggilnya.

"Rajinikanth pegang tangan saya dan meminta saya supaya jangan menangis," katanya sambil menambah bahawa beliau terkejut dengan sikap sayang pelakon itu kepada peminatnya.

Menurut laporan, Rajinikanth akan berada di Malaysia hingga 21 Nov ini bagi menyempurkan penggambaran filem itu, yang bermula di Melaka sebelum beralih ke Kuala Lumpur. - Be
rnama

Lakonanya memang terbaik

3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

lain benar penampakkan imej dia tu...

Delimasari said...

mmg lain Farah -- masa muda dan kini

QasehnyaRania said...

lainnya
betul la cerita ni ye sbb hri ada dpt msj di wasaap katanya ada buat penggambaran di melaka