RASE MCM UDAH SERIK BERDIRI BERJAM222222 NAK DAPATKAN KUIH KERIA GULA MELAKA KAT KLEBANG NI - SIMPAN SINI SENANG LEH REFER NAK BUAT
RESEPI MUDAH, BUAT KERIA GULA MELAKA YANG VIRAL TU! TAK PAYAH BERATUR PANJANG!!!
Keria gula melaka
Resepi ni sya dpt dari anak saudara tokey keria melaka, dia kwn satu office saya! Ini resepi ori keria melaka! Ori yg jual kt klebang tu!
Bahan-bahannya:
* 500 gram ubi keledek
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung beras
* 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* 2 keping Gula melaka
* 1 sudu gula pasir
* 1 cawan gula batu
* 1 cawan air
Cara-cara membuatnya:
1. Rebus ubi keledek sehingga betul-betul empuk
2. Toskan ubi keledek sehingga air yang rebusan pada ubi keledek itu tertinggal seminima yang mungkin pada ubi keledek
3. Lenyek ubi keledek sehingga tiada ketulan
4. Kemudian campurkan ubi keledek yang telah dilenyek tadi dengan tepung gandum, tepung beras dan soda bikarbonat da gaulkan hingga sebati menjadi doh keria
5. Bulat-bulatkan doh keria dan bentukkan menjadi bentuk “O”
6. Goreng doh keria yang telah dibentuk kemudian toskan untuk hilangkan minyak
7. Campur dan cairkan gula melaka, gula pasir, gula batu dan air sehingga mendidih dan pekat
8. Masukkan keria yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehinga sebati
9. Toskan gula berlebihan dengan penapis.
10. Siap untuk dihidangkan…!
terima kasih dapat resepi ni...
No comments:
Post a Comment