Monday, October 23, 2017

IDAYU JUARA AF MEGASTAR

TAHNIAH IDAYU



SHAH ALAM: Menepati ramalan ramai, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) dan peserta paling konsisten, Nur Farah Idayu Yaakob atau Idayu, muncul juara program realiti AF Megastar pada konsert akhir di Royal Theater Shah Alam, di sini, malam tadi.

Susulan kemenangan itu, Idayu, 32, menerima hadiah wang tunai RM100,000, trofi AF Megastar dan pakej percutian ke Turki.


Pada konsert final, semua pelajar diberikan dua tugasan, iaitu menyampaikan sebuah lagu penyanyi lain dan satu lagu baharu masing-masing.


Bagi saingan akhir, Idayu tampil dengan lagu My All nyanyian asal Mariah Carey dan lagu baharu berjudul Selamanya hasil ciptaan Amylea Azizan.


Marsha pula mempersembahkan lagu Pilihlah Aku (Krisdayanti) dan lagu baharu ciptaan Ezra Kong, Omar K dan Dilyla Khalid bertajuk Hilang.



BOB PUN  HEBAT


No comments: