Wednesday, July 31, 2019

#AGUNG KITA

ASSALAMUALAIKUM
SEMALAM CUTI SATU HARI DUDUK DI RUMAH MENGADAP TV

ISTIADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGUNG YANG KE-16

PAGI NI BACA HELAIAN AKHBAR - SUNGGUH MEMIKAT HATIKU DENGAN

Tetap romantik walau tiada 'darling', 'sayang'


“Awak kena ke dapur dengan dia, demikian komen Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika ditanya wartawan mengenai perwatakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Benar seperti kata orang tua-tua, kalau nak kenal orang perempuan, lihat bagaimana dia di dapur. Mungkin itulah yang dimaksudkan Al-Sultan Abdullah.
Baginda mungkin tersenyum ketika menyatakannya, namun di sebalik riak wajah Yang di-Pertuan Agong itu, ibarat tersimpan banyak cerita mengenai sifat Tunku Azizah di dapur.
Tunku Azizah memang dikenali sebagai anak raja yang cukup sinonim dengan hobi suka memasak. Tidak kekok di dapur, kisah Raja Permaisuri Agong turun padang memasak juadah untuk mangsa banjir ketika meninjau keadaan penempatan itu juga, pernah dilapor media.

Bagaimanapun, Al-Sultan Abdullah mengakui tidak dapat berkongsi banyak mengenai sifat Tunku Azizah di dapur kerana jarang berada di sana.
“Kelebihan dia sangat tegas dan ambil berat dengan integriti staf. Kalau telefon atas meja, ia mesti tersusun elok. Hal sama juga untuk susunan atas meja makan,” kongsi baginda sambil menyusun satu persatu telefon bimbit serta alat perakam suara milik wartawan di atas meja, untuk menunjukkan cara susunan mengikut gaya Tunku Azizah.
Mengenai pandangan umum yang melihat baginda berdua sebagai pasangan romantik, Al-Sultan Abdullah mengakui ia lumrah bagi mana-mana pasangan.
“Kadang-kadang tu memang romantik, tetapi ada juga perbezaan pendapat. Dia (Tunku Azizah) kerap bagi pandangan yang sangat bernas dan dia sangat bagus dalam hal ini,” titah baginda.

Mengenai Istana Abdulaziz di Indera Mahkota, Pahang yang digambarkan lambang cinta baginda berdua, Al-Sultan Abdullah mengakui amat merinduinya kerana di situlah anakanda baginda dibesarkan.





Pasangan romantis diraja.


“Istana Negara saya tumpang saja. Rindu (Istana Abdulaziz) kerana di situ saya besarkan anak-anak dan makan makanan tukang masak sendiri. Di sini saya tumpang saja, apabila habis saya akan balik ke Pahang.

“Sebenarnya, Istana Abdulaziz ialah rumah kami. Kami habiskan banyak masa di sana. Saya rindu katil saya, gimnasium saya.

“Alhamdulillah, di sini pun OK, staf sangat profesional.
Saya bangga kini Istana Negara dibuka kepada rakyat. Setiap kali solat Jumaat, masjid atau surau di dalam ini (Istana Negara) penuh. Saya akan cuba adakan majlis babitkan rakyat di Istana Negara ini, insya-Allah,” titah baginda.
Sementara itu, Tunku Azizah bertitah, Tuanku tidak panggil ‘Darling’ atau ‘Sayang’.
“Tuanku selalu panggil saya Ji, sebab itu nama saya sudah dikenali dengan panggilan Jiji atau Zizi. Saya pula panggil Tuanku, Alam atau Ba dan saya rasa, Tuanku suka dipanggil Ba.
“Masa mula-mula kahwin Tuanku ada kata, tidak akan panggil antara kami dengan panggilan
Honey, Sweet Heart atau Darling, nanti kalau gaduh Honey entah ke mana,” cerita Tunku Azizah.
Tunku Azizah memberitahu, romantik antara mereka datang secara semula jadi.
“Ia secara automatik. Tak perasan pun kami ini romantik. Kami pasangan romantik
dengan cara tersendiri.


“Ditanya kemungkinan berlaku selisih faham, jawab baginda asam garam hidup berumah tangga sama juga seperti pasangan suami isteri yang lain.
“Dalam sebuah perkahwinan kita mesti jadi kawan baik pasa­ngan dan boleh berkomunikasi. Itu yang saya dan Tuanku lakukan.

Untuk membentuk harmoni itu penting dan adakalanya kita perlu lupakan semua perkara lain dan gembira untuk satu sama lama lain. Jangan ambil kesempatan dengan pasangan.
“Memang ada ketika kita marah antara satu sama lain tetapi kehidupan perlu diteruskan. Perkahwinan sesuatu yang kita usahakan untuk gembira, bukan ambil mudah antara satu sama lain. Kita perlu saling berusaha. Sedangkan lidah lagi tergigit,” titah Tunku Azizah.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai pemimpin berjiwa rakyat, mudah mesra dan disenangi ramai.