Wednesday, August 27, 2008

DUNGUN, TRENGGANU

22 Ogos hingga 25 Ogos, 2008

Bertarikh 22 Ogos, 2008 Check In di Ulek Beach Resort, terpaku juga memang cantik resortnye, baru 2 bulan di buka. Orang pun ramai menginap di situ membawa anak-anak bercuti termasuk salah seorang Bos menginap di situ. Ada jakuzi di bilik, apa lagi berendam le dengan air yang menggelegak dan penuh ngan buih sabun. Segar sekali.

Malam tu keluar makan ngan kawan lama Puan Haniza Sood yang telah menceburi bidang perniagaan membuka cafeteria di UITM Dungun bersama suaminya. Dari perbualan semasa berjumpa tu businessnya mendapat sambutan baik dari pelajar-pelajar di UITM. SYABAS NIZA.

23 dan 24 Ogos, 2008 bertugas di tapak pameran dengan cuaca yang amat panas. Tapi kali ini akan-ikan yang dipancing agak kecil berbanding di Pekan, Pahang awal bulan lalu. Tugas kami macam biasa le memasak nasi goreng dan mengagihkan kepada pengunjung melawat gerai kami. Ada tu pulak sampai nak bayar makanan yang kami beri kepada pemancing-pemancing yang baru balik dari laut dalam.

Kesempatan itu juga kawanku HANIZA sempat membeli beras yang ada di gerai, boleh tahan banyak beras yang di ordernye. Tak lupa juga dia membawa makanan tengahari untuk kami semua di gerai. Sedap sekali.

Hari nak balik tu HANIZA telah menalifon menjemput kami ke cafenya untuk minum petang, pucuk dicita ulam mendatang, menunya SATA GORENG, KEROPOK LEKOR DAN TEH TARIK dan kami juga telah dibekalkan ole-ole dari dungun untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur termasuk kawan-kawan yang lain dibekalkan sekali.

Terima kasih HANIZA, semuga dapat bertemu lagi.
AKU BANGGA DENGANMU


C U all