Monday, July 13, 2009

100 HARI

Mamat tertarik hati membaca berita mengenai angka 11
dalam kebanyakan akhbar semalam, sempena majlis menyambut
100 hari Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Tentunya paling penting ialah 11 hadiah untuk rakyat yang diumumkan Najib, Perdana Menteri datang dengan kereta bernombor 11, teks ucapan dibawa 11
anak-anak mewakili pelbagai kaum rakyat Malaysia dan memulakan ucapan
tepat jam 11.11 pagi.

Paling dikagumi ialah bila melihat menteri-menteri duduk di tengah-tengah rakyat. Jika dalam banyak majlis, biasanya rakyat diasing daripada
orang-orang kenamaan, tapi majlis itu agak berbeza.

Kalau boleh, teruskanlah.

Tepukan gemuruh untuk PM lebih 11 kali

Artikel dari Mamat -

2 comments:

Diarihatiku1976 said...

saya pun suka sgt... kalau mcm ni selamanya kan bagus kan...

Delimasari said...

betul tu, kte sebagai rakyat pun kena bersatu hati bersama PM kte..
harapkan begitu erkkkk...