Friday, October 2, 2009

beristiqamah

Ramadhan sudah berlalu. Sedih rasanya dengan pemergian
Ramadhan, tetapi apakan daya begitulah lumrah hidup dan waktu, berputar dan beredar mengikut ketentuan Yang Maha Esa.

Kite doakan semoga Allah memberi kesempatan kepada
kita untuk menemuinya lagi pada tahun mendatang.
Sebenarnya yang patut disedihkan bukan sahaja
pemergian Ramadhan, tetapi yang sangat penting
patut disedihkan ialah apa yang kita dapat dan
pelajari daripada ibadat berpuasa sebulan yang
kita jalani itu.

Perkara pertama dan paling payah untuk dipraktikan
ialah bagaimana hendak beristigamah dengan amalan
yang kita lalui sepanjang Ramadhan.

Ada orang ketika Ramadhan ke masjid tidak pernah tinggal,
tetapi apabila selesai Ramadhan, dia pun tidak pergi lagi
ke surau dan masjid. Tidak istigamah namanya.

Ketika Ramadhan baca al-quran tidak henti-henti,
tetapi selepas Ramadhan dia terus berhenti, langsung
tidak baca lagi al-quran. Tidak istiqamah namanya tu.

Sedekah bukan main, laksana dermawan namun apabila
berlalu Ramadhan, dia kembali menjadi haji bakhil bin kedekut.
Tidak istiqamah namanya tu.

Ada pula yang membantu anak yatim sepanjang Ramadhan.
Segalanya diberi untuk anak yatim, beras, makanan dan pakaian.
Namun bila berlalu Ramadhan, anak yatim ditinggalkan dan
tidak nampak muka lagi.

Sebenarnya bantuan kepada anak yatim mestilah diberikan
berterusan sebab anak yatim bukan hanya hidup 30 hari setahun,
malah mereka hidup macam kita juga sebanyak 365 hari setahun.

Istiqamah adalah satu sifat Muslim sejati. Bukan semua
orang dapat memilikinya, hanya orang yang kuat mujahadahnya.

Dalam satu hadis rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya
' Rambut aku menjadi uban kerana surah Nuh'
Ayat yang sangat banyak Nabi fikirkan ialah ayat
yang berbunyi maksudnya
'Hendaklah kamu beristiqamah terhadap apa yang aku perintahkan'. Kerana terlalu banyak memikirkan ayat itu hingga Rasul menjadi beruban.

Maksud ayat itu ialah Rasul berfikir dan berstrategi
bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah dan pada
masa yang sama bagaimana hendak menanggung risiko
tindakbalas dan ancaman daripada kaum musyrikin Kota Makkah.

Ada baiknya kalau kita lihat sedikit panduan untuk mendapat istiqamah.

Pertama; perbanyakkan berdoa. Doa khusus ialah minta Allah anugerahkan pada kita supaya beristiqamah.
Doa sebenarnya satu visi. Kalau dah diminda ada terlukis
untuk mendapatkan istiqamah sudah tentu jadi pendorong
apabila malas akan teringat pada visi.

Kedua; berkawanlah dengan mereka yang komited dan istiqamah
dengan kebaikan. Kawan adalah guru dan cerminan kita.

Kawan baik ialah kawan yang membantu kita berbuat baik.
Kawan baiklah kawan yang mendorong kita kesyurga dan
menghalang kita daripada terjerumus ke neraka.

Ketiga; untuk beristiqamah ialah dengan menulis
matlamat yang kita hendak capai dan lekatkan dimana-mana
tempat di rumah atau pejabat serta mudah dilihat, Ia bertujuan
supaya kita tidak mudah lupa, maklumlah Ramadhan datang setahun sekali.

Keempat; apabila sudah dapat kita tunaikan amalan yang
kita hendak beristiqamah, iaitu apabila amalan itu sudah
mula sebati dengan jiwa kita buatlah kenduri iaitu raikanlah
kejayaan kita itu dengan doa selamat dengan menjemput sahabat terdekat.

Kelima; ialah melakukan dialoq diri sendiri iaitu biar
kita yang memujuk diri sendiri dengan membandingkan
istiqamah orang-orang dulu. Sekiranya mereka dapat
melakukannya kenapa tidak kita, sedangkan mereka juga
manusia seperti kita.

Keenam; bayangkanlah pahala besar yang menanti
kita apabila kita dapat beristiqamah.

Wassallam


2 comments:

sall said...

Betul3 tu. byk pahalanye jika diamalkan setiap hari ek..

Delimasari said...

d harap begitu le sall