Tuesday, May 28, 2013

Slot RATU - LULUHNYA SEBUAH IKRAR

Ada tak kengkawan yang ikuti Drama LULUHNYA SEBUAH IKRAR - TV9
BEST jugak lakonan SARA ALI ni......

Luluhnya Sebuah Ikrar menceritakan mengenai Yati (Sara Ali), gadis manis yang baru memulakan latihan praktikal di sebuah firma guaman. Perwatakannya yang manis dan merendah diri namun tegas dengan pendiriannya telah membuatkan bakal pewaris syarikat itu, Shahrul (Ryzal Jaafar) terpikat.

Luluhnya Sebuah Ikrar - lowres

Pada mulanya, niat Yati hanya mahu menumpukan pada latihan praktikal dan fokus dengan masa hadapannya.

Tetapi apabila Shahrul tidak henti menunjukkan kesunggahan untuk menawan hatinya, Yati jatuh cinta pada kelembutan dan karisma yang ditunjukkan Shahrul. Shahrul telah diperkenalkan kepada kedua ibu bapa Yati dan mereka menyenangi Shahrul.

Apabila tiba giliran Shahrul untuk memperkenalkan Yati kepada keluarganya, kehadiran Yati langsung tidak disenangi. Kerana cinta, Shahrul tekad untuk mengahwini Yati walaupun tidak mendapat restu ibu bapanya.

Namun malang menimpa Yati apabila dia telah dirogol sebelum hari pernikahannya.
Adakah Shahrul masih setia dengan ikrar cintanya pada Yati? Jangan lupa untuk ikuti drama terbaru lakonan Sara Ali, Ryzal Jaafar, Zul Ariffin dan Ruzana Ibrahim ini di slot Ratu setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam di TV9!

Malam ni jgn ketinggalan yer!!!!!!!!!!!!!!!!

4 comments:

suwara entertainment said...

kdg tgk, kdg x sempat tgk sbb anak2 berebut tv, diorg nk tgk dvd kartun je. huhu

Dee said...

oh..i tak pernah lagi tgk..yg i tgk skrg ni teduhan kasih, sebenarnya saya isteri dia & cinta jangan pergi je..hehehe..

Delimasari said...

semestinya anak yg menang yer Sue

Delimasari said...

ooo yer Dee --- teduhan kasih pun best jugak