Tuesday, March 25, 2014

takziah untuk keluarga, krew, penumpang MH370


Parlimen rakam takziah kepada keluarga krew, penumpang MH370


KUALA LUMPUR 25 Mac -

Sidang Dewan Rakyat merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat
Malaysia Airlines (MAS) MH370, susulan perkembangan baharu 'nasib' pesawat itu yang disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat daya Perth, Australia.
Ucapan tersebut dizahirkan menerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pesawat itu.
"Saya bagi pihak ahli-ahli Dewan Rakyat dan Parlimen keseluruhannya merakamkan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370.
"Pada kesempatan ini, saya juga memohon agar ahli keluarga penumpang dan anak-anak kapal pesawat tersebut kekal tabah dan cekal menerima ketentuan ini.
"Oleh yang demikian saya menjemput ahli-ahli Yang Berhormat bangun, kepada yang beragama Islam, sedekahkan al-Fatihah dan yang bukan
beragama Islam, bertafakur. Al-Fatihah,'' katanya di sini.
Dalam sidang akhbar khas malam tadi, Najib memaklumkan pesawat MH370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat daya Perth, Australia. - UTUSAN ONLINE

2 comments: