lakonanyer pun mantop jugak
apatah lagi bila sudah bertudung
dari sinar harian
CANTIK dan sopan. Begitulah yang dapat penulis simpulkan mengenai penampilan Jue Aziz saat ditemui pada majlis pratonton filem terbaru lakonannya, Kapsul, baru-baru ini.
Sudah tampil bertudung sejak sebulan lalu, Jue atau nama sebenarnya Zuliza Abd Aziz, 32, berkata, dia berasa semakin tenang dan berazam untuk memperbaiki diri luaran dan dalaman.
"Alhamdulillah saya rasa lebih tenang, selamat dan rasa dihormati. Apa yang penting saya bertudung atas kehendak sendiri dan bukan disuruh sesiapa. Malah ramai juga yang memberi sokongan terhadap keputusan saya. Tidak ada yang memerli keputusan saya, paling tidak pun mereka berkata, lepas ini pasti saya jual tudung (ketawa).
"Tetapi saya tidak ada sebarang perancangan lagi ke arah itu (perniagaan tudung). Malah ada juga yang menawarkan saya sebagai duta tudung, semua saya tolak buat masa ini. Saya tak mahu semua yang berlaku terlalu cepat," katanya.
Tidak berasa sukar dengan imej baharunya, Jue berkata, sama seperti sebelum bertudung, dia tetap memikirkan gaya apa yang sesuai apabila keluar rumah.
"Kalau tak bertudung, sama juga fikir nak ikat rambut ke lepas ke. Tapi keutamaan saya kini adalah keselesaan dan tampil sopan. Fesyen itu biarlah kemudian," ujarnya.
Jue berkata, dia tidak akan meninggalkan karier lakonan dan belum meletakkan sebarang syarat, namun mengakui akan memperlahankan karier lakonan untuk sementara waktu demi satu projek besar tidak lama lagi.
"Saya merancang menerbitkan sebuah filem, namun semuanya masih dalam perbincangan. Kalau boleh saya tidak mahu dedah dahulu apa rancangannya. Tunggulah," katanya berteka-teki.

Artikel Berkaitan
No comments:
Post a Comment