Friday, May 26, 2017

ESOK BERMULA PUASA

"'Doa Ramadan'"

Ya Allah, izinkan bulan Ramadan ini bagi kami penuh kedamaian dan keimanan penuh keselamatan dan keislaman serta taufik untuk melakukan apa sahaja yang engkau sukai dan redhai.  Wahai Tuhan zat yang Maha Besar dan Mulia.

Ya Allah, bantulah kami untuk berpuasa dan menunaikan solat di bulan ini.

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dari golongan yang berpuasa dan menunaikan ibadah di bulan ini dengan penuh keimanan dan harapan.

Ya Allah, selamatkan kami untuk bulan Ramadan dan selamatkan Ramadan untuk kami dan terimalah amal Ramadan kami dengan penuh keredhaan.

Ya Allah jadikanlah bulan Ramadan bulan kemuliaan untuk agama Islam dan Umat Islam.

Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadan ini bulan kemenangan dan keagungan untuk agama Islam dan orang-orang Islam di mana sahaja.  Wahai Tuhan Semesta Alam.

1 comment:

Warisan Petani said...

Salam ramadhan dan selamat berpuasa.