Baru lepas layan drama di TV1 - kengkawan ada tak ikuti drama ni???????
Kesinambungan kisah rumahtangga Norjinah dengan Razif.Hubungan Norjinah dan Razif diuji sekali lagi.
Razif dan Norjinah – waktu mencemburui kebahagiaan mereka. Konflik rumah tangga yang membadai tidak pernah surut. Razif kecewa, Norjinah ada lelaki lain. Adakah kerana dia sudah tua, maka Norjinah beralih kasih pada yang muda? Kalau begituï, dia pun mampu pasang dua! Retak seribu hati Norjinah dituduh curang oleh si suami. Kasihnya pada lelaki kedua hanya sekadar lakonan, sedangkan di hatinya cuma ada satu nama. Razif! Tapi mengapa Razif sanggup menduakannya?
“Siapa yang cintakan Ji tak penting, bang. Siapa yang Ji cinta, itu yang penting.”
Norseha dan Badrul- hidup mereka terus berantakan. Norseha benci dengan kelahiran Lukman. Jangankan mahu pegang, pandang pun tak sudi. Hiba hati Badrul melihat Lukman seperti yatim piatu disisih ibu sendiri. Pada Norseha, Lukman anak yang tidak dikehendaki. Berkali-kali dia minta diceraikan. Tapi, Badrul bukan dayus. Kesabarannya semata-mata kerana Lukman.
“Aku sudah menghampakan dia hanya kerana mahu berkorban untuk Norseha. Sayangnya pengorbanan itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya. Apakah aku akan lebih dihargai apabila memilih Sharifah Yasmin?”
oleh SUHAN MOVIES
8 comments:
Ada juga yang update pasal cerita ni. Nice nice!! Vee tak tau sebenarnya bila cerita ni, main terjah je, kalau nasib baik, dapat tengok. Kalau tak, kirim salam je. Hahah. Thanks!!
Wilma takda tengok cerita nie ^_^
Tapi macam best jak...
Mmg Vee kengkadang klu ada program lain, cite ni tdak akan disiarkan - selalu juga tercicir
jgn ketinggalan Wilma -- Hero Malaya berlakon mmg teruja tgknye
bebudak opis tgk citer ni tp sy x tgk la..
Ntah laa...kurang sangat ngan drama2 bersiri ni. Kalo ala2 cerekarama yg leh abes dalam 1 setengah jam semua citer tu orait jugak laa nk layan.
Kalo siri2 ni...rasa mcm rimasss jer nk tunggu episod seterusnya...huhu..
mmg udah mlm baru disiarkan BEE..
mmg jenuh nk tunggu Cintamanisz..
Post a Comment