sedikit panduan untuk melakukan IBADAH KORBAN
Pengertian korban ialah binatang yang disembelih yang terdiri daripada unta, lembu atau kambing untuk mendekatkan diri kepada ALLAH Ta`ala pada hari raya `Eidul Adha dan hari-hari Tasyrik.
Hukum Korban
Hukumnya ialah sunat muakkad.
Namun, ia boleh jadi wajib dengan 2 sebab, iaitu:
1) Apabila seseorang mengisyaratkan kepada binatang miliknya yang sesuai untuk korban, seperti dia menyatakan: ”Ini korbanku” atau “Aku akan korbankan kambing ini”. Ketika itu korban menjadi wajib ke atasnya.
2) Apabila dia mewajibkan ke atas dirinya untuk mendekatkan diri kepada ALLAH dengan melakukan korban. Seperti dia berkata: ”Wajib ke atasku korban kerana ALLAH”. Ketika itu, korban menjadi wajib ke atasnya sebagaimana jika dia mewajibkan mana-mana ibadah lain ke atas dirinya kerana perbuatan tersebut merupakan nazar yang wajib ditunaikan.
3 comments:
alhamdulillah thn ni saya berpeluang utk buat korban...
ooo - Aminnn. sesama mengimarahkan yer Mrs.Eady
belum berkemampuan..insyaallah nak buat juga..mungkin tahun hadapan..
Post a Comment